Trending By: SGMS Putri December 27, 2017 @ 5:02pm

Saya Dilayan Seperti Hantu Selepas Disemadikan

 Sebuah keluarga di Thailand terkejut apabila seorang dari ahli keluarga mereka yang telah disemadikan beberapa bulan lalu berada di bawah pintu rumah. Sakorn Sacheewa, 44, dari Wilayah Si Ka Ket di Thailand, pulang ke rumah selepas dua tahun bekerja di sebuah bot nelayan, di bahagian lain di negaranya. Dia tidak pernah menghubungi keluarganya sepanjang tempoh itu, jadi dia tidak mengharapkan kepulangannya diraikan oleh keluarga.

Bagaimanpun, dia juga tidak pernah terlintas akan dilayan sebagai ‘hantu’ sebaik sahaja dia pulang.Namun, begitulah cara keluarganya bertindak balas ketika dia berjalan di pintu pada 17 Disember lalu dengan ahli keluarganya menyentuh dan memegangnya untuk memastikan dia adalah manusia. Sacheewa kemudiannya mendapat tahu bahawa bagi mereka dia telah mati tujuh bulan lalu.

Pada Mei, keluarga Sacheewa telah dihubungi oleh polis di Nang Leong, tempat di mana dia bekerja yang memberitahu bahawa ahli keluarga mereka itu telah meninggal dunia akibat gangguan pencernaan. Mereka telah pergi ke daerah Phra Nakhon, Bangkok di mana mereka menerima sijil kematian dan kemudian mengambil mayat dari sebuah hospital di sana.

Keadaan mayat yang bengkak yang ditunjukkan kepada mereka sekeluarga, menyebabkan mereka sukar untuk dikenal pasti. Malah, sepupu Sacheewa, Nakornchai Pimklang, 33, menyedari bahawa gigi mayat itu tidak sepadan dengan dirinya yang tidak mempunyai dua gigi depan.Sepupunya itu telah memberitahu seorang pegawai disitu, tetapi mereka tetap diarahkan untuk membawa pulang mayat tersebut. Mereka tidak membantah perkara itu lalu mebawanya pulang dan membuat upacara keagamaan selama 3 hari sebelum membakarnya.

Sementara itu, Sacheewa masih lagi hidup dan berada dalam keadaan baik. Dia juga masih bekerja di Nang Leong, sama seperti yang telah dilakukannya dua tahun lalu. Beberapa minggu lalu, dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak menyangka kepulangannya itu mengejutkan ahli keluarganya.

Selepas mendengar kisah kematiannya, Sacheewa berkata, pada satu ketika seorang rakan sekerjanya telah mencuri kad pengenalannya dan menghilangkan diri. Tetapi dia melaporkannya sebagai satu kehilangan biasa dan telah pun diberi kad pengenalan yang baharu.Dia tidak pernah membayangkan bahawa seseorang akan menggunakan kadnya untuk menyamar menjadi dirinya.

Kebimbangan utama Sacheewa sekarang ialah untuk mendapatkan pengesahan semula daripada Biro Pentadbiran Pendaftaran yang menyatakan dia secara rasmi telah mati tujuh bulan yang lalu, berdasarkan sijil kematiannya.

Polis kini perlu menyiasat untuk mengetahui mayat siapa yang disemadikan tujuh bulan lalu. Mereka berharap dapat mengetahuinya dengan cara menganalisis tulang yang tersisa daripada pembakaran mayat.

Sumber: Bangkok Pos

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Feb 2024

“Saya Rasa Diri Tak Berguna”- Mimi Lana Menangis Kenang Penduduk Palestin Menjelang Ramadan 

Rasanya semua berfikiran sama macam Mimi😥 Apapun jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana❤️

Hiburan Wed, 4 Oct 2023

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Cabul Bekas Penyampai Berita Popular

Allahuakbar, nak bekerja pun takut dah sekarang ni macam tu je kena cabul 😭

Hiburan Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Lamanya Tak Tengok Lakonan Dia” – Nasha Aziz Bakal Muncul Dalam Drama Terbaru?

Wow!!!Cantiknya Nasha dalam video ni. Tetap letups walaupun dah 50an.

Featured Mon, 28 Aug 2023
Trending Fri, 11 Jun 2021

“Dalam Pada Terluka, Dia Tidak Sedar Ada Seseorang….” – Achey Sembuh Dari Sakit

Selepas berjaya meraih 34 juta tontonan di YouTube dengan single Sakit yang dilancarkan tahun lalu, penyanyi dan pelawak Achey kini melancarkan pula lagu berjudul Sembuh. Menjadi kesinambungan lagu Sakit, lagu Sembuh yang juga hasil ciptaan […]

Hiburan Sat, 6 Jan 2024
Featured Fri, 26 Aug 2022

“Ini Bukan Sahaja Menghina Tetapi ‘Down Grade’ Agama! ” – Ustaz Abdullah Khairi Perjelas Hukum Malukan Agama Islam Demi…

Better dengar Sembang Viral ni, banyak info dan ilmu yang kita boleh belajar. Jangan Dengar benda laghaa je…💥💥💥

Featured Tue, 20 Sep 2022
Trending Thu, 3 Dec 2020