Trending By: Salma Syahbuddin August 18, 2021 @ 4:00pm

“Saya Doakan, Kerana Ujian Akhir Zaman Ini Lain Macam” – Nabil Ahmad Bersyukur Ramai Rakan Artis Kini Berhijab

Pengacara, pelawak dan pelakon, Nabil Ahmad menyatakan rasa syukur beliau apabila ramai dalam kalangan rakan artis kini mula berhijrah ke arah kebaikan dengan menutup aurat.

Nabil berkata, selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, ramai yang sudah mula berubah dan berita ini amat menggembirakan beliau.

“Tahniah dan saya bersyukur sangat apabila melihat perubahan ini. Saya tengok isteri saya berubah pun saya dah bersyukur.

“Saya doakan mereka terus istiqomah kerana ujian kita di akhir zaman ini lain macam. Kita takut Allah bagi hidayah dan Dia tarik balik,” 

“Selepas pemergian Sarah (Siti Sarah Raissuddin), ramai yang mula berubah ke arah yang lebih baik dan itu benar-benar menggembirakan. Mungkin pemergiannya menjadi asbab untuk perubahan ini.  Semoga apa yang berlaku mengalirkan pahala buat Allahyarham,” katanya.

Selain itu, Nabil juga bersyukur apabila melihat perubahan isterinya, Nazirah Ayub yang kini dalam proses menjadi wanita muslim.

Berkongsi langkah awal yang diambil oleh isterinya, Nabil memaklumkan Nazira telahpun memadam gambar-gambar lama mereka yang tidak menutup aurat menerusi muat naik di laman sosialnya sebelum ini.

“Kelmarin, kami sibuk memadam gambar-gambar lama. Saya cakap, buanglah. Tak kisah kalau dia nak arkibkan atau apa, tapi padam dari tempat yang boleh dilihat. Ini kerana kita tak tahu, bila Allah nak ambil (nyawa). Bila Allah ambil sahabat-sahabat kita, saya rasa baik kita teruskan berada di jalan Allah setiap masa. Kita tak tahu, entah esok atau lusa, saya pula yang pergi,”jelasnya.

Terdahulu, penampilan Fazura, Betty Rahmad, Siti Elizad Sharifuddin, Izara Aishah dan Nana Mahazan ternyata mencuri tumpuan rata-rata peminat seni tanah air apabila tampil mengenakan hijab.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Izara Aishah Kini Sudah Berhijab? Padam Semua Gambar ‘Free Hair’ Di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN : “Hati Saya Tersentak Baca Surah Ar-Rahman”- Betty Rahmad Kini Bertudung

ARTIKEL BERKAITAN : Manfaatkan Kemanisan Musim Pandemik, Siti Elizad Ambil Inisiatif Hafaz Ayat Suci Al-Quran

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Aug 2018

The Malaysian Population is Shrinking?!

Here’s a bunch of statistics about our country’s demography.

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]

Featured Tue, 14 Sep 2021

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh. Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. “Saya minta maaf […]