Trending By: Padin June 17, 2021 @ 7:25pm

“Saya Harap Peminat Bersabar” – Hisyam Hamid Dedah Ramai Yang Rindu Dengan…

Pelakon Hisyam Hamid berharap peminat dapat bersabar menantikan sambungan drama rantaian Cukup Derita Itu.

Terhenti di episod 20, naskhah karya Siti Rosmizah itu dihentikan tayangan di slot Samarinda TV3 berikutan terdapat babak tidak sempat dirakamkan akibat pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

“Walaupun dah seminggu berlalu, ramai yang masih bertanya kepada saya, kenapa drama terbabit tidak diteruskan. Ramai yang beri respons dan mengatakan mereka rindu dengan drama bersiri ini

“Saya berharap agar peminat dapat sabar menanti dan memahami situasi yang sedang dialami. Saya sendiri teruja dan gembira apabila peminat memberikan maklum balas yang baik selepas menonton drama bersiri ini,” katanya.

Pelakon kelahiran Singapura ini terus optimis dan memandang positif apabila drama ini dihentikan tayangan.

“Bila kita rehat sebentar, ia memberikan peluang untuk penonton memberikan respons. Apa yang dirasakan kurang, boleh diperbaiki untuk musim kedua nanti. Saya sendiri berharap karya ini dapat menarik peminat baru.

“Bila dihentikan tayangan, peminat lama dan baru boleh menyaksikan semula drama ini di platform iQiyi. Bila musim kedua nak dimulakan nanti, saya berharap sudah ada peminat baru dan lama,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Hisyam hanya berada di rumah dan menghadkan perjalanan sepanjang pelaksanaan SPP.

“Saya baru sahaja dilantik menjadi ‘brand spokeperson’ untuk produk ‘nonelectric purifier’ jenama TerraComb yang dikeluarkan oleh Japan Air Filter. Untuk kerjaya pula, memang tidak ada perkembangan baru kerana SPP.

“Saya hanya duduk di rumah sahaja dan mengisi masa lapang dengan memasak, mengemas rumah dan bersenam,” katanya lagi.

Kredit foto: TerraComb / Japan Air Filter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Events Fri, 27 Jan 2023
Featured Mon, 22 Aug 2022

“Saya Jalani Hidup Macam Biasa, Tapi…” – Siti Nordiana Dedah Terima 2 Permohonan Batal Saman Fitnah

Fuhhh, dah lebih setahun kes ni berlalu 🔥 Agak agak siapalah ek yang minta batalkan saman fitnah tu 🤔🤭 Moga dipermudahkan semuanyaaa 😌

Trending Wed, 7 Aug 2019
Featured Tue, 28 Jun 2022