Trending By: Padin June 13, 2021 @ 8:49pm

“Saya & Ismail Izzani Sudah Ada Plan Untuk Masa Depan, Tapi…” – Shalma Eliana

Penyanyi Shalma Eliana meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga di usia 25 tahun.

Baru sahaja berusia 21 tahun, Shalma yang kini menjalin cinta dengan penyanyi Ismail Izzani ini mengakui sudah mempunyai perancangan dalam hubungan mereka.

“Kami memang ada perancangan untuk masa hadapan. Kami memang serius dalam perhubungan kami, tapi perancangan itu bukanlah dalam masa terdekat.

“Mungkin saya mahu menanti usia saya 25 tahun dahulu, barulah ke peringkat seterusnya. Saya sendiri mahu habiskan pembelajaran di peringkat sarjana muda terlebih dahulu.

“Ibu bapa saya sarankan agar saya habiskan belajar, bekerja dan barulah berfikir mengenai perkara yang lebih serius. Kalau ikutkan perancangan asal, memang saya nak sambung belajar di luar negara tahun ini.

“Insya-Allah, jika keadaan pandemik reda, saya akan ke sana pada tahun hadapan. Mohon doa agar urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Muncul dengan dua lagu baru, Shalma semakin aktif menyusun atur langkah untuk menempa nama dalam bidang nyanyian.

“Saya muncul dengan single solo berjudul Rambang dan Naik, kolaborasi bersama rapper Abubakarxli. Tak lari dari genre muzik saya sebelum ini, lagu Rambang boleh saya katakan bersifat misteri, tetapi ia mesej tersendiri.

“Lagu Naik pula agak menarik kerana saya berkerjasama dengan Abubakarxli. Sekali dengar terus rasa ‘vibes’. Ia lagu yang berbeza pernah saya nyanyikan sebelum ini,” katanya.

Rambang dan Naik boleh dinikmati di kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video muziknya boleh ditonton di YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Mar 2021

“Rindu Itu Tak Pernah Padam” – Genap 30 Tahun Kerjaya, Datuk Nora Tampil Kembali Dengan Naluri..

Siapa tidak mengenali Datuk Nora Ariffin. Suaranya yang lunak lagi lembut dalam mengalunkan lagu genre pop, balada dan R & B pasti menawan halwa telinga ramai pendengar. Setelah genap 30 tahun perjalanan kerjaya seni Nora,

Trending Wed, 15 Jul 2020
Featured Tue, 25 Apr 2023
Featured Tue, 26 Apr 2022

| Live TV

error: Content is protected !!