Trending By: SGMS Enal July 22, 2019 @ 8:31pm

‘Saya Nak Jumpa Dia’- Mangsa Langgar Lari Bengang!

“Saya cuma nak dia datang tengok keadaan saya sekarang ini. Saya sakit terlantar, saya tak boleh nak buat semua benda sendiri.

“Saya tak boleh nak bercakap, tak boleh nak bergerak sendiri tanpa bantuan orang,” luah remaja, Muhamad Nur Hafizam Azli, 16, atau Hafizam yang menjadi mangsa langgar lari pada 28 Ogos tahun lalu.

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter yang tular sejak dua hari lalu, Hafizam yang mengalami cacat kekal akibat nahas mahu individu yang melanggarnya bersemuka dan meminta maaf.

“Bila dia dah datang tengok saya nanti, takkan dia langsung tiada rasa belas kasihan dekat saya, kan? Jadi sebab itu saya nak jumpa dia,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Dalam perkongsiannya di Twitter, anak ketiga dari empat adik beradik ini akui baru sedar dari koma selepas 11 bulan.

Bekas pelajar sebuah Maahad Tahfiz di sini, berkata sejak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) tahun lalu sehinggalah ke hari ini, individu itu terus menghilangkan diri.

“Setakat ini saya hanya mampu menggerakkan anggota sebelah kanan saja namun tidak boleh menulis kecuali menaip.

“Keluarga sudah pun membuat laporan polis mengenai nahas namun saya diberitahu, individu itu membuat laporan palsu untuk mengelakkan diri.

“Apa pun saya belum ada perkembangan terbaru setakat ini.,” katanya lagi.

Pada kejadian yang berlaku pada 28 Ogos 2018, Hafizam yang menunggang motosikal dilanggar sebuah kereta jenis Mazda di pusingan U berhampiran Klebang Restu, Ipoh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Sep 2023
Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] “Kelakar, Bincang Tarikh Putus Cinta Macam Anniversary” – Netizen Kagum Erra Fazira & Datuk Awie Macam Best Friend

Alahai sweetnya Erra dengan Awie! Best kan ada friendship macam ni? Dua dua masuk air hehe

Featured Wed, 16 Jun 2021

Berat Badan Hanya 35KG, Penyanyi Elyana Terus Kuat Lawan Kanser

Keadaan penyanyi Elyana yang menderita kanser limfoma sejak 10 tajin lalu kini memasuki tahap kritikal apabila kanser tersebut semakin merebak ke beberapa organ badannya.  Menerusi InstaStory, Elyana memaklumkan keadaan dirinya yang kini sedang menjalani rawatan […]

Trending Thu, 14 Jun 2018

最强防偷伞绝招!打开狂下「蟑螂雨」吓坏偷伞贼

最近天气状况反复不定,突然就下起大雨。有时候如果遇上超没公德心的偷伞贼就更惨,不过到底有没有什么能够避免雨伞被偷呢?

Trending Sun, 18 Aug 2019

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya