Trending By: SGMS Faida July 4, 2018 @ 9:56am

Saya Reda, Terima Kasih SPRM Atas Layanan Baik

Saya Reda, Terima Kasih SPRM Atas Layanan Baik

Jika ini harga yang saya terpaksa bayar kerana 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan reda,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini, memberitahu beliau reda jika ini harga yang terpaksa dibayar selepas 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara.

Dalam masa sama, Najib yakin tidak akan disabitkan kesalahan.

“ Pertuduha yang saya hadapi hari ini adalah kehendak kerajaan baharu,” katanya.

Tambah Najib, jika prosiding yang dilaluinya hari ini adalah proses yang benar-benar adil mengikut keluhuran undang-undang, beliau yakin tidak akan disabitkan kesalahan.

“Insya Allah, ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali.

“Hari ini hakim membuat keputusan bahawa ada ‘gag order’ (perintah larangan memberi ulasan) terhadap kes ini.

“ Jadi saya menghormati keputusan hakim dan tak boleh cakap lebih dari itu,” katanya.

Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan keselamatan kerana memberikan layanan yang baik serta menghormatinya sebagai bekas Perdana Menteri.

“Mudah-mudahan proses ini berjalan dengan baik, insya-Allah saya harap rakyat dan penyokong saya bertenang. Saya juga kagum dengan kehadiran mereka untuk memberi sokongan moral,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Aug 2019
Featured Fri, 24 Mar 2023

Bakal Guna Khidmat Hakam, Puteri Sarah Tetap Pendirian Ingin Bercerai – ‘Tak Nak Jumpa, Tak Nak Sebilik.. Saya Penat!”

‘Saya tak nak berdamai. Enough is enough!’ – Puteri Sarah.. Apapun min doakan moga segalanya dipermudahkan ya 😢❤️

Trending Sun, 12 May 2019

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah Ketika Rakan-Rakan Selamatkan Diri

Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Featured Tue, 18 Oct 2022

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Siapa yang kata vokal Nana merudum ni?

Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar […]