Trending By: Padin February 24, 2022 @ 7:41pm

“Saya Sendiri Tak Tanya Bila Neelofa Nak Kongsi Wajah Bilal” – Datin Noor Kartini

Usahawan terkenal, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, 56, menyerahkan keputusan kepada anaknya, selebriti popular Neelofa untuk berkongsi foto wajah cucunya, Muhammad Bilal kepada orang ramai.

Menurut Kartini, sehingga kini dia tidak bertanya mengenai perkara terbabit kerana menghormati pilihan dan privasi Neelofa.

“Saya tak ada tanya pun mengenai perkara itu. Famili yang terdekat macam sepupu dan saudara marah pun belum tengok lagi wajah Bilal, mereka tak dapat lagi foto Bilal. Ada yang minta, tapi kami pilih untuk tidak berkongsi.

“Malah, saya sendiri pun tak tangkap gambar cucu biarpun setiap hari melawat Neelofa dan Bilal. Neelofa memang akan berkongsi foto Bilal setiap hari dengan saya, tapi saya tidak pula bertanya bila dia mahu dedahkan wajah anaknya pada semua orang.

“Mengenai perkongsian foto, biarlah dia sendiri yang buat keputusan itu, hormati pendiriannya. Malah, kami pun tak tanya apa alasan dia belum berkongsi rupa paras Bilal. Tapi rasanya kalau tidak bertanya mengenai perkara itu pun, kita sendiri akan faham mengapa,” katanya.

Bersyukur kerana Neelofa dan Bilal berada dalam keadaan baik, Kartini turut berkongsi panduan berpantang dengan anak kesayangannya itu.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Neelofa berpantang di hospital selama seminggu, kemudian meneruskan tempoh tersebut di kediaman saya selama seminggu.

“Selepas itu, dia kembali pulang ke rumah. Lebih selesa di rumah sendiri kerana ibu yang berpantang sudah tentunya mahukan keselesaan. Barang bayi pun banyak. Biarpun ada khidmat ‘confinement lady’ yang menguruskan Neelofa, tapi sebagai ibu saya tetap menjenguknya setiap hari.

“Saya berkongsi panduan berpantang, pengalaman jadi ibu dan sering ingatkan pada Neelofa apa yang perlu dan sebaliknya. Syukur kerana Bilal adalah seorang bayi yang mudah untuk dijaga,” katanya.

Kartini ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Petaling Jaya pada Khamis.

Turut hadir di acara terbabit ialah adik beradik Neelofa iaitu Mohamed Aqif selaku Ketua Pegawai Eksekutif Naelofar, Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan.

Jenama ini secara rasminya melancarkan kolaborasi pertama dengan watak puteri Disney, The Little Mermaid bermula 24 Februari di semua cawangan rasmi Naelofar yang menampilkan nilai keberanian dalam koleksi eksklusif tudung, kaftan dan bag yang diinspirasikan daripada watak Ariel.

Para peminat duyung dijemput untuk menikmati pengembaraan laut di LG Oval Atrium, One Utama Shopping Centre bermula 24 Februari hingga 27 Februari 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Nov 2022

“Kalau Gelak Macam Tu, Dah Tahu Siapa…” – Gelagat Anzalna Nasir & Kakak Buat Netizen Terhibur

Pasti ramai yang mengetahui pelakon jelita Anzalna Nasir merupakan seorang yang sangat akrab dengan adik beradiknya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Anzalna di laman TikToknya, sehingga meraih tumpuan netizen. Menerusi hantaran […]

Featured Tue, 28 Feb 2023

Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

Haa, tak baik tau fitnah. ND Lala bahagia je sambut anniversary ke-35 tahun dengan isteri 🤩🤩

Featured Thu, 1 Dec 2022

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ Janji Kembalikan Nostalgia Zaman Remaja

Wah! Tak sabarnya nak kembali ke sekolah dengan Melly Goeslaw

Events Mon, 17 Apr 2023
Featured Fri, 26 Jan 2024