Categories: Trending

Saya Tak Mahu Jadi ‘Kambing Hitam’, Selamat Tinggal Jerman!

“ Dengan berat hati dan selepas membuat pertimbangan sewajarnya, saya tidak lagi akan bermain untuk Jerman di peringkat antarabangsa,” demikian tulis pemain bola sepak terkenal Mesut Ozil.

Aduh…Sudah tentu berita ini mengejutkan ramai peminat bola sepak pasukan Jerman, lebih-lebih lagi peminat beliau sendiri kan? Sedih kot!

Dalam tweet berkenaan, Ozil mendakwa beliau berasakan tidak dihormati selain kritikan berunsur perkauman yang saya diterimanya pada kempen Piala Dunia 2018 di Russia.

Ozil yang mempunyai keluarga berasal dari Turki mempertahankan tindakannya bergambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Mei lalu yang mencetus persoalan mengenai kesetiaannya terhadap skuad kebangsaan menjelang Piala Dunia.

“ Paling mengecewakan saya berhubung isu melanda sejak beberapa bulan kebelakangan ini adalah sikap DFB menerusi presiden, Richard Grindel yang langsung tidak mempertahankan saya,” katanya.

Pemain tengah Arsenal itu, berkata, Grindel dan jurulatih Jerman, Joachim Loew meminta dirinya untuk mengeluarkan kenyataan bersama bagi menamatkan kontroversi berhubung gambarnya bersama Erdogan.

“ Ketika saya mahu menjelaskan kepada Grindel mengenai situasi sebenar, dia sebaliknya lebih berminat untuk bercakap mengenai pandangan peribadinya dalam politik dan menafikan pandangan saya,” kata Ozil.

Dalam masa sama, Ozil mendakwa beliau dilayan secara tidak adil apabila dikatakan menjadi punca kegagalan Jerman di pusingan pertama pada Piala Dunia. 

“ Saya tidak mahu lagi menjadi kambing hitam kepada Grindel yang gagal melaksanakan tugasnya dengan baik,” katanya.

Ozil berkata, dia setia dengan asal usulnya di kedua-dua negara Turki dan Jerman dan menegaskan ia langsung tidak berniat politik.

“ Seperti ramai orang lain, asal usul nenek moyang saya lebih dari satu negara. Walaupun saya membesar di Jerman, latar belakang keluarga saya adalah dari Turki,” katanya.

“ Saya mempunyai dua hati, satu Jerman dan satu Turki.”

Sumber: AFP

SGMS Faida