Trending By: Padin February 14, 2021 @ 3:41am

“Saya Tak Tahu Apa Yang Bakal Jadi Nanti” – Nabila Razali Bersedia Dengan Segala Kemungkinan AJL35

Penyanyi Nabila Razali yang kini giat menjalani persiapan untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Pernah melalui isu yang kurang menyenangkan sehingga ia menjadi viral dalam kalangan netizen ketika menyampaikan lagu terbabit, Nabila ingin melakukan persembahan yang sehabis baik di pentas akhir nanti.

“Saya tak boleh nak tahu apa yang bakal jadi. Apa yang penting, saya giat melakukan persiapan dan merancang serta berharap semuanya berjalan lancar seperti yang telah direncanakan.

“Kalau jadi pun, nak buat macam mana. Tapi, saya harap tak akan ada apa-apa yang kurang menyenangkan terjadi nanti ketika saya menyanyikan lagu Peluang Kedua, Insya-Allah, doakan saya.

“Banyak persiapan yang saya buat, dari segi vokal, mental, fizikal. Untuk saya sendiri, mungkin lebih banyak kerja yang kena buat.

“Saya jaga pemakanan, belajar vokal dengan Datuk Syafinaz Selamat. Semoga persiapan yang saya lakukan memudahkan saya untuk menghadapi AJL35 nanti,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pematah Hati ini juga kian sibuk mengembangkan perniagaan outlet ayam goreng Ayo Fried Chicken.

“Alhamdulillah, saya baru sahaja membuka outlet ketiga milik saya sendiri di Arena Food Park, Bandar Baru Selayang. Memandangkan outlet terbabit dekat dengan rumah saya, jadi saya sering habiskan masa di sini ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Sebelum ini, saya mempunyai outlet di Melaka dan Kota Damansara. Cawangan di Selayang ini baru sahaja dibuka dua minggu dan saya sangat bersyukur kerana respons yang diterima sangat positif,” katanya yang turut membuka cawangan pisang goreng cheese jenama Munchy Muncy di tempat yang sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Sep 2018

Air Mata Selena Gomez Dan Kourtney Kardashian Untuk Siapa?

Ohh…rupa-rupanya ada dua wanita yang bersedih dengan pertunangan Justin Bieber and Hailey Baldwin.

Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Thu, 16 Feb 2023

“Orang Kata Saya Nak Simpati Tapi…” – Genap 3 Tahun, Fad Masih Terkesan Dengan Pemergian Abam

Yang pernah rasa kehilangan je tahu macam mana sakitnya rasa tu 🥹

Featured Wed, 29 Mar 2023