Trending By: Ad Ops February 9, 2018 @ 12:39pm

‘Saya Tidak Campak, Tapi Saya Lukis’ – Dikecam Kerana Dessert Shell Out, Ini Penjelasan Dato’ Fazley Yaacob

Dunia seni kulinari Malaysia kini mencipta evolusi baru apabila Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012, Dato’ Fazley Yaakob tampil dengan idea unik dan kreatif, ‘Sweet Table’ untuk penggemar dessert.

Walau bagaimanapun, rekaan pencuci mulut ala-ala Shell Out tu tak diterima baik sesetengah pihak. Kata mereka, hidangan tersebut terlalu bersepah dan tidak tersusun. Berhubung isu tersebut, Dato’ Fazley berkongsi kisah di sebalik ‘Sweet Table’.

Pelik Guna Tangan? Ini Komen Dato’ Fazley…

Bagi Dato’ Fazley, rekaan pencuci mulut itu mempunyai kisahnya tersendiri. Ia adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, supaya ikatan lebih mesra.

“Sweet table merupakan satu konsep di mana saya mahu mengembalikan nostalgia makan bersama keluarga dengan menggunakan tangan.

Mungkin pelik makan dessert menggunakan tangan, tapi apabila kita makan beramai-ramai, kita dapat merasai keseronokan dan ukhwah juga akan menjadi semakin akrab.

Saya juga percaya apabila kita berkongsi makanan manis, kita juga akan kongsi kegembiraan bersama,” ujar Dato’ Fazley ketika ditemui pada majlis pelancaran semula SukaSucre Bistro di Cheras.

 

Walaupun dikecam, fully-booked uolsss…

Hidangan aneka manisan ala ‘shell-out’ ini menampilkan konsep unik di mana meja dialas dengan parchment paper, disenikan dengan 6 jenis sos berbeza, 4 hingga 5 jenis kek, pisang goreng, macarons, meringue tart, sweet soils, ais krim, kuih keria dan pelbagai lagi manisan menarik.

Biarpun hidangan ‘Sweet Table’ mendapat kecaman segelintir pihak kerana dikatakan mencampak makanan, namun sambutan tempahan yang diterima oleh Cef Selebriti berusia 39 tahun ini sangat menggalakkan.

“Saya tidak mencampak tetapi saya melukis di atas meja. Di Malaysia mungkin sesuatu yang baharu, tapi di luar negara, hidangan ini sudah lama diperkenalkan. Bertepatan dengan tema SukaSucre Bistro, ‘Rembau To Paris’, saya mahu naik tarafkan makanan tempatan ke mata dunia,” katanya yang tidak menang tangan dengan tempahan yang diterima.

Rembau to Paris…

Hidangan yang mula diperkenalkan oleh Dato’ Fazley pada tahun ini disediakan untuk minima 6 orang dan maksima 10 orang. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu dari RM15-RM35.

Menurutnya lagi, setiap bulan ‘Sweet Table’ akan menampilkan tema yang berbeza di mana untuk bulan Februari menampilkan tema ‘Rembau To Paris’.

Bagi yang ingin merasai pengalaman ‘Sweet Table’ ini boleh singgah ke SukaSucre Bistro di Taman Permata, Cheras. Anda juga boleh membuat tempahan di talian 017-6946057.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Thu, 15 Apr 2021

Bazaar Ramadan Ditutup Sekiranya…

Penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini ternyata mengubati kerinduan kemeriahan suasana pada tahun lalu. Namun begitu, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, penganjuran bazar Ramadan akan ditutup sekiranya terdapat kluster jangkitan COVID-19 yang

Featured Fri, 3 Jun 2022

Kecoh! Rakyat Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah Hingga RM519 Juta

JKR telahpun membuat kenyataan berhubung isu ni…

Trending Mon, 15 Jan 2018

Kes ‘Van Putih’ Hanya Rekaan Pelajar

Kes ‘Van Putih’ kini ligat mencari mangsa culik di kalangan kanak-kanak menggemparkan rakyat Malaysia dimana ibu bapa masing-masing mula ketakutan tentang keselamatan anak-anak

Selebriti Thu, 21 Apr 2022

| Live TV

error: Content is protected !!