Trending By: SGMS Faida July 4, 2018 @ 6:16am

Sayu… Ibu Bapa Adam Rayqal Hadir Sesi Pengecaman Mayat

Allahuakbar…sayu menyelubungi orang ramai yang berada di Institut Perubatan Forensik (IPFN) Hospital Kuala Lumpur apabila melihat wajah pasangan suami isteri ini.

Semalam, mereka kehilangan bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi apabila ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Ibu mangsa, Farrah Madihah Othman, 28, dan suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, ditemani ahli keluarga terdekat, disambut saudara mara dan rakan sekerja Farrah Madihah yang sudah menunggu di IPFN HKL sejak jam 9 pagi tadi.

Sumber gambar: Bernama

Difahamkan suami isteri itu akan melakukan proses pengecaman terhadap mayat bayi berkenaan sebelum bedah siasat dilakukan.

Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh Tseow Suan, turut hadir ke IPFN HKL pada jam kira-kira 15 minit kemudian.

Bayi comel bernama Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, semalam.

Bagaimanapun, polis menemui mayat bayi berkenaan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, kira-kira jam 11 malam tadi, selepas mendapati terdapat keraguan pada keterangannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, dalam sidang media di lokasi kejadian awal pagi tadi, memaklumkan bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Dalam perkembangan lain, Polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam.

Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek telah dibuat di Mahkamah Selayang, pagi ini, bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022

Terima Kasih Cinta Temukan Anna Jobling & Amar Bahrin

Pertemuan Raihana dan dua anak kecil Yaya dan adiknya, Lea menjadi satu pertelingkahan dan perselisihan faham antara Raihana dan Harris. Harris menunjukkan sifat bongkak dan sombongnya menegaskan bahawa dia tidak memerlukan pertolongan Raihana untuk menjaga […]

Hiburan Mon, 3 Jul 2023

Pernah Dicurangi, Daiyan Trisha Trauma Nak Bercinta Lagi

cantik cantik pun kena curang hm sian Daiyan 😢

Trending Thu, 16 May 2019

Jadi Imam Dari Usia 13 Tahun, Bakal Doktor Ketuai Imam Solat Terawih Buat Netizen Kagum

Hebat! Bakal doktor umur 24 tahun ini viral jadi imam solat Terawih

Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

Featured Fri, 5 Apr 2024