Trending By: Salma Syahbuddin July 1, 2021 @ 3:30pm

Sebanyak 1,738 Kes Bunuh Diri Dicatatkan Di Malaysia

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, sebanyak 1,738 kes bunuh diri dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 hingga Mei lalu.

Jumlah itu melibatkan 609 kes untuk tahun 2019, 631 (2020) dan 498 pada Januari hingga Mei lalu. Dan, kes tersebut melibatkan  jumlah 1,427 wanita dan 281 lelaki.

“Kebanyakan mangsa adalah berusia 15 hingga 18 tahun iaitu 872 orang manakala lingkungan umur antara 19 hingga tahun pula seramai 668 orang”

Selangor catat kes bunuh diri paling tinggi

Menurutnya,  tahun ini sahaja Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 117 kes manakala pada tahun lalu dan 2019, Johor merupakan negeri tertinggi dengan 110 kes bunuh diri.

Siasatan mendapati tiga punca yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut adalah, masalah keluarga, kewangan dan tekanan perasaan.

“berdasarkan statistik, cara membunuh diri kerap berlaku adalah gantung diri (75.1 peratus), terjun bangunan (13.6 peratus) dan makan racun (5.7 peratus)” katanya.

Justeru itu, semua pihak diminta untuk bertanggungjawab dalam memainkan peranan bagi membendung masalah ini terutamanya ketika krisis Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang rata-rata rakyat Malaysia terjejas punca pendapatan.

Untuk makluman, bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat kaunseling boleh lah menghubungi talian berikut ;

 

 

Sumber  : Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Feb 2021

“Ya Allah.. Kesiannya Tengok” – Netizen Sayu Lihat Keadaan Gadis Menderita Serebral Palsi

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Tular di media sosial mengenai kisah seorang gadis berusia 20 tahun yang menderita penyakit serebral palsi  dan epilepsy. Foto tersebut dikongsi oleh ribuan orang ramai yang turut bersimpati […]

Trending Tue, 28 Apr 2020
Trending Fri, 20 Aug 2021
Trending Tue, 9 Jul 2019

Ibu Rayu Sumbangan RM100,000 Tampung Kos Pembedahan Anak

Bantulah walaupun RM 1 buat si adik comel ini