Trending By: SGMS Faida July 9, 2018 @ 9:16am

Sebelum Misi Bermula, Saya Dah Rasa Tak Sedap Hati…Isteri Penyelam Thailand Luah Rasa

Pemergian anggota Tentera Laut Thailand, Saman Gunan ketika menyelamatkan 12 remaja dan jurulatih mereka di Gua Tham Luang bukan saja ditangisi rakyat Thailand sahaja malah semua orang.

Beliau merupakan salah seorang penyelam profesional yang terkorban dalam misi ini pada Khamis, 5 Julai lalu.

Saman Gunan bertanggungjawab untuk menghantar tong oksigen kepada penyelamat yang lain di dalam gua, ketika perjalanan pulang untuk keluar dari gua tersebut dia kehabisan oksigen dan didapati meninggal di tempat kejadiaan.

Kredit video: BBC News

Isterinya, Waleeporn Gunan menceritakan saat-saat terakhir perbualan dia bersama suami dan kini redha akan pemergian suaminya itu.

Walaupun saat-saat terakhir ketika suami tidak lagi bernafas, dia telah membuat keluarga bangga dengan komitmen dan tanggungjawabnya. Sebelum dia nak pergi menjalankan misi hari itu, dia belum cukup rehat. Malah, dia tetap nak menjadi salah seorang yang membantu misi ini dan menyelamatkan mangsa.

Saya juga memesan kepadanya, jika mahu terlibat menyelamatkan mangsa itu dia kena menjaga diri sendiri juga. Saya juga melarang dia untuk tidak menyelam. Saya rasa tidak sedap hati dan tak tahu nak terangkan macam mana lagi.

Saya nak beritahu dia yang saya amat sayangkan dia dan boleh diakui tiada lelaki macam dia dalam dunia ini. Saya akan tetap sayangkan dia, sayang saya kepadanya tidak akan berubah.

Samarn didapati tidak sedarkan diri 1.5km dari pintu gua di dalam air oleh rakan sekerjanya. Rakan sekerjanya cuba menyelamatkan Samarn, namun gagal.

Operasi menyelamatkan 13 mangsa yang terperangkap dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai masih diteruskan lagi oleh penyelamat Thai Navy SEAL dan kumpulan penyelamat antarabangsa.

Semalam, empat mangsa remaja yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, telah berjaya dikeluarkan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jun 2023
Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Gayakan Legging Jarang, Fesyen Masya Masyitah Dikritik Lagi

Kita doakan yang baik-baik untuk Masya

Featured Wed, 3 Feb 2021

Dr Noor Hisham Nafi Dakwaan Letak Jawatan Sebagai KP Kesihatan

Semoga barisan hadapan terus diberi kekuatan walau badai melanda

Featured Thu, 4 Aug 2022

Anggota Trafik Iringi Anak Ahli Parlimen Dikenakan Tatatertib

Nampaknya ramai yang tak puas hati mengenai isu ni yaa?

Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Hiburan Fri, 5 Aug 2022
Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Gadis Remaja Didera Teruk Bapa Tiri! Suspek Dibebas Dengan Jaminan Namun Kes Masih Dalam Siasatan

Dia pijak kepala saya banyak kali sambil hentak guna kaki dia – Mangsa

Featured Wed, 8 Sep 2021

Kelonggaran Pergerakan Antara WP Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya Mulai 10 September

Lembah Klang bakal beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ia akan berkuat kuasa bermula Jumaat, 10 September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan peralihan membabitkan kawasan Selangor, Wilayah […]