Trending By: SGMS Enal July 19, 2019 @ 12:50pm

Sehari Seperiuk Nasi Untuk ‘Aida Jebat’

Setiap hari seperiuk nasi dimasak khusus untuk ‘Aida Jebat’, seekor lembu betina peliharaan seorang suri rumah, Ain Zahirah Zokri, di Kampung Lala, di sini.

Ain Zahirah, 24, berkata lembu berusia kira-kira dua tahun yang dibeli daripada seorang penduduk kampungnya Februari lalu itu, gemar makan nasi sejuk setiap kali ia pulang dari meragut rumput.

“Tabiat pelik lembu ini disedari apabila semua nasi yang kami beri untuk ayam, habis dimakannya dan setiap kali saya bawa nasi keluar untuk diberi kepada ayam, ia akan meluru ke arah saya.

 “Mulanya kami agak pelik sebab lembu suka makan nasi, namun lama-lama menjadi kebiasaan kami, bagi dia makan nasi hinggalah hubungan kami dengan Aida Jebat makin rapat sebab dia makin manja, katanya ketika ditemui sumber di rumahnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika tidak diberi nasi, Aida Jebat akan datang dekatnya sambil merenung wajahnya lama-lama dan tidak akan berlalu selagi tidak diberikan makanan kegemarannya itu.

Ain Zahirah berkata, selain Aida Jebat, seekor lagi lembu peliharaannya digelar Awang Hitam, kini dilihat turut gemar makan nasi.

“Nasi yang saya berikan untuk lembu-lembu ini masih dalam keadaan elok, saya campurkan dengan sedikit garam,” katanya.

Beliau berkata tabiat pelik lembunya itu menarik perhatian penduduk kampung yang sering datang untuk melihat haiwan itu makan nasi pada sebelah petang.

Sementara itu, nenek Ain Zahirah iaitu Rahmah Ismail, 74, berkata walaupun beliau berpengalaman memelihara lembu sejak lebih 50 tahun lalu, kehadiran Aida Jebat dianggap sebagai sesuatu yang istimewa dan unik.

“Lembu-lembu ini bukan sahaja makan nasi, kerana pada hari raya yang lalu, haiwan ini juga makan lemang dan ketupat, kalau ikutkan saya nak berikan apa sahaja lembu ini nak makan, tetapi risau juga boleh memudaratkan,” katanya.

Sumber : Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Oct 2022
Trending Sat, 3 Oct 2020
Trending Wed, 8 Jul 2020

[TERKINI] Warga Asing Burukkan Imej Malaysia Akan Diusir Serta Merta

Jangan sebarkan fitnah, periksa dan fikir terlebih dahulu!

Featured Wed, 16 Mar 2022
Hiburan Tue, 16 Aug 2022

“Saya Dah Lama Tak Hubungi Dia” – Naim Daniel Bersuara Isu Iman Troye Sombong Selepas Popular

Sudah lama tidak berhubung dengan Iman Troye, Naim Daniel tidak berani berkata apa-apa.

Featured Tue, 16 May 2023

“Tak Tengok Jadual Terus Locked!”- Floor 88 Tak Sabar Kongsi Pentas Dengan Wali Band

Tak sabar nak tengok Konsert Wali Band x Floor 88 Sabtu ni!

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Bakal Bersaing Dengan Marsha Milan & Ernie Zakri… “Tipulah Kalau Saya Tak Pressure” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul bakal bersaing dengan dua penyanyi hebat, Ernie Zakri dan Marsha Milan di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37). Mengakui dia merasakan kehangatan persaingan, Aina menghormati Marsha dan Ernie sebagai penyanyi yang lebih […]