Trending By: Aisyah Badrul July 1, 2020 @ 4:27pm

Sekolah Dibuka Sepenuhnya Bermula 15 Julai Untuk Sekolah Menengah, 22 Julai Untuk Sekolah Rendah

Tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid yang tidak menduduki peperiksaan awam sudah dimumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin menerusi sidang media yang berlangsung hari ini.

Kerajaan yakin semua sekolah telah bersedia untuk dibuka semula dan telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan sekolah untuk pelajar tingkatan satu dan empat serta kelas peralihan akan bermula pada 15 Julai ini.

Murid Tahun 1 hingga Tahun 4 pula akan mula bersekolah pada 22 Julai, manakala murid Tahun 5 dan Tahun 6 pada 15 Julai

Terdahulu, sekolah telahpun dibuka kepada pelajar kelas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bermula minggu lepas.

Menurutnya, pelajar dapat hadir ke sekolah dan mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang selamat. Namun, KPM telah mengenal pasti model Satu Sesi, Dua Sesi dan Penggiliran bagi pengoperasian pembukaan penuh sekolah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Pelakon Indonesia Keluar Masuk Lokap, Isteri Failkan Cerai Tertekan Suami Ketagih Syabu, Ganja

Alamak! Gara-gara najis dadah, habis berantakan rumah tangga.

Trending Wed, 23 Sep 2020
Featured Tue, 30 Nov 2021
Featured Wed, 20 Mar 2024
Featured Fri, 10 Jun 2022

[VIDEO] “Seluar Adik Siapa Rembat Tu?” – Kongsi Video Karaoke Tapi Outfit Hawa Rizwana Curi Tumpuan & Dikritik Netizen

Hawa terima teguran dan memohon maaf jika video tersebut menyinggung mana-mana pihak

Hiburan Mon, 18 Mar 2024