Categories: Trending

Selagi Tak Jumpa Vaksin Atau Ubat, Selagi Itulah Kita Kena Hidup Bersama Covid19 – Dr Noor Hisham

Sebanyak 45 kes baharu Covid-19 telah dilaporkan hari ini. 44 daripada kes ini merupakan kes jangkitan tempatan dan satu kes import.

Dato’ Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan juga turut memaklumkan terdapat 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital dan 1619 kes yang masih aktif dan sedang dirawat di hospital.

Selain itu, terdapat satu kematian pada hari ini dan percambahan kes kematian akibat wabak ini meningkat menjadi 107 kes.

Menerusi sidang media harian Covid-19 hari ini, beliau juga menjelaskan bahawa kebarangkalian Malaysia melawan pandemik ini adalah tinggi jika rakyat Malaysia mematuhi penjarakkan sosial seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mencontohi negara Taiwan, Vietnam dan Korea Selatan dalam mematuhi penjarakkan sosial kerana selagi kita belum menjumpai vaksin atau ubat, selagi itulah kita perlu hidup bersama Covid-19.

Jadi jangan bergembira keluar rumah dulu ye. Kita masih belum menang.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover