Featured By: tex_admin May 11, 2018 @ 10:00am

Selebriti Tempatan Ucap Tahniah Buat Tun M, Perdana Menteri Ke-7

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada 9 Mei lalu melihat kemenangan yang tidak dijangka oleh gabungan parti politik menerusi Pakatan Harapan (PH) sekaligus mencipta sejarah baharu buat negara kita, Malaysia.

Berikutan dengan kemenangan itu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr.Mahathir Mohamad diberi mandat untuk kembali menduduki kerusi Perdana Menteri selepas 15 tahun meletak jawatan. Tahniah penulis ucapkan!

Golongan selebriti tanah air juga turut meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut menerusi laman Instagram masing-masing. Penulis lihat seronok sungguh selebriti kita ini apabila Tun M dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-7. Ini antara ucapan selebriti khas kepada Tun M.

1. “Hari ini dalam sejarah, tak ada yang mustahil”

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti menyatakan pendapatnya bahawa sesuatu yang mustahil juga akan berlaku seperti mana kemenangan parti Pakatan Harapan yang menobatkan Tun M sebagai Perdana Menteri yang ke-7.

2. “Tahniah, ini pilihan Malaysia. Selamat Hari Baharu Malaysiaku”

Foto: Instagram Scha Alyahya

Menerusi Instagram Scha Alyahya pula, dia mengucapkan tahniah kepada Tun M dan menyatakan bahawa pemilihan kemenangan PRU14 kali ini adalah atas pilihan rakyat Malaysia.

3. “Tahniah. Tun satu dalam sejuta!”

Foto: Emma Maembong

Emma Maembong juga tidak terlepas meluahkan rasa bersyukur dengan kemenangan Tun M. Bagi Emma, Tun M telah membuktikan bahawa strategi yang dirancang oleh Tun M dalam menyertai Pakatan Harapan adalah tepat. Menurut Emma juga, kemenangan ini adalah untuk generasi sekarang dan akan datang.

4. “Kami sangat gembira, selamat kembali Perdana Menteri!”

Foto: Instagram Fatiya Latiff

Fatiya Latiff antara artis yang paling berani menyokong Tun M dari sebelum bermulanya PRU14 lagi. Fatiya menyatakan, Tun M melalui pelbagai tekanan namun beliau tetap tabah melaluinya dengan penuh kesabaran dan akhirnya telah berjaya. 

5. “Moga Allah permudahkan segala urusan Tun, moga Tun dapat selamatkan anak cucu kami..”

Foto: Instagram Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah juga turut melahirkan rasa gembira apabila Tun M menjadi Perdana Menteri semula. Melalui perkongsian gambarnya bersama Tun M, Sarah mengharapkan agar Tun M dapat menyelamatkan anak cucu pada masa akan datang dan menjadikan rakyat Malaysia senang seperti satu ketika dahulu.

6. “Tiada dua, hanya satu Tun M di hati saya dan ramai di luar sana.”

 

Menyanjungi dan menyantuni keperibadian serta kepimpinan beliau dari dulu hingga sekarang. Tiada dua, hanya satu Tun M di hati saya dan ramai di luar sana. Moga dengan tampuk pimpinan baru ini kita akan terus maju dan berjaya dunia serta akhirat. T: tetap utuh di hatiku U: unggul serta unik N: namamu terus hebat di mata dunia M: Malaysia menantimu setiap detik A: angkatan pimpinan baru harus mencontohinya H: hujahnya sentiasa bernas A: amat digeruni T: tiada dua H: hormatilah beliau selalu I: impianmu bersatu seiring dengan kami R: restuilah perjuangannya Buat Tun mahathir kami menyayangimu. Semoga diberi kekuatan dan kesihatan menerajui tanah air tercinta, Malaysia. Amin yrabbalalamin . @chedetofficial #tunmahathir #chedet

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Berbeza pula di laman Instagram milik pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta yang telah memuat naik video dengan memuji keperibadian serta kepimpinan Tun M sejak dari dahulu lagi. Che Ta juga berharap dengan tampuk pimpinan yang baharu ini akan terus maju dan berjaya di samping mendoakan kekuatan dan kesihatan yang baik buat Tun M untuk terus menerajui tanah air tercinta, Malaysia.

Apa pun, sama-samalah kita mendoakan agar negara kita, Malaysia berada dalam keadaan aman dan sentiasa dilindungi dengan tampuk pemerintahan yang baharu oleh parti Pakatan Harapan yang diketuai Perdana Menteri yang baharu Tun Mahathir. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Jun 2018
Trending Fri, 18 May 2018

Lagi Kes Vape Meletup, Kali Ini Tembus Tengkorak!

Laporan bedah siasat dari Pusat Perubatan Pinellas County mendapati mangsa menemui ajal apabila dua bahagian rokok elektronik itu meletup dan menembusi tengkorak kepalanya.

Featured Thu, 3 Nov 2022
Featured Tue, 16 Jan 2018

5 Cara Berhadapan Lelaki Curang

Dalam sesebuah perhubungan daftar kata ‘curang’ adalah sangat ditakuti dan selalu diminta dijauhkan sama sekali.

Featured Sat, 17 Jul 2021

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza. Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal […]

Featured Mon, 17 Sep 2018

Lingkaran Gelap Bawah Mata Bukan Saja Disebabkan Kurang Tidur, Tapi Juga Faktor Ini!

Jika anda selalu terdedah kepada sinaran matahari, ia akan menarik pigmentasi permukaan kulit dan membuatkan lingkaran hitam pada bawah mata!

Trending Thu, 19 Jul 2018

「Oversize」这样穿超有型!

「网红在走,修图要有」网美、女神照已经落伍了,现在就是要搞怪又爆笑,才能在无聊的日常生活中增添一些乐趣啊!

Featured Mon, 11 Nov 2019

Pengkaji temui formula baharu kesan kanser payudara lebih awal

Ujian darah mudahkan pengesanan kanser payudara

error: Content is protected !!