Trending By: Padin November 4, 2021 @ 3:48pm

Selepas 10 Tahun, Hafiz Hamidun Rakam Album Zikir Terapi Diri Dalam Versi Acapella

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun mengumumkan kemunculan album penuh studio terbaharu beliau, Zikir Terapi Acapella.

Album terbaru ini merupakan kesinambungan dari kejayaan album beliau Zikir Terapi Diri pada tahun 2011.

Album fizikal Zikir Terapi Diri telah terjual melebihi 1.5 juta unit di seluruh dunia dan mencatatkan lebih 100 juta tontonan di YouTube.

Tanpa keraguan, ini merupakan antara album yang paling berjaya pernah diterbitkan di Malaysia. Setelah sepuluh tahun album tersebut diterbitkan, Hafiz telah mengambil keputusan untuk kembali ke studio dan merakamkan versi acapella album tersebut.

Penerbitan album ini sangat luar biasa; meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan oleh kerajaan berikutan kes COVID-19 di Malaysia, album ini telah diterbitkan secara maya, di mana Hafiz terpaksa bekerja dari jarak jauh bersama jururakam bunyi berikutan keterbatasan dan kekangan operasi.

Walaubagaimanapun, mengambil kira penggunaan teknologi sepenuhnya di dalam pembikinan album ini, ia telah sempurna dirakam, diadun dan melalui proses mastering selama sebulan.

Bersama-sama kemunculan album ini secara digital, Hafiz menerbitkan versi CD secara terhad dan eksklusif menerusi Shopee.

Video muzik dari album ini juga akan mula dikeluarkan bersama-sama pengedaran digital di YouTube.

Album Zikir Terapi Acapella telah diterbitkan sepenuhnya oleh Hafiz dan merupakan kerjasama penerbitan di antara label miliknya Arteffects dan Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Featured Mon, 14 Mar 2022
Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Fri, 4 Nov 2022
Trending Tue, 14 Jul 2020
Trending Wed, 3 Mar 2021

Perjalanan Dari Kuala Lumpur, Selangor Ke Putrajaya Perlu Surat Kebenaran Polis

Jangan keliru gaissss, nanti tak pasal-pasal kena saman!

Featured Mon, 16 Jan 2023