Trending By: Padin March 31, 2021 @ 2:21pm

Selepas 13 Tahun Menyepi, VE Muncul Dengan Lagu Baru

Voices of Euphonious (VE) bukan nama baharu dalam industri muzik. Kumpulan vokal harmoni itu telah ditubuhkan pada 1997, namun selepas sedekad bersama, mereka akhirnya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Tahun lalu, selepas hampir 13 tahun menyepi, kumpulan yang popular dengan lagu Pop Yeh Yeh, Ayu, Party Like This dan banyak lagi membuat keputusan untuk kembali mewarnai dunia seni .

Walaubagaimanapun, kepulangan semula VE ke pentas seni tidak lengkap apabila tiga anggota asalnya Damien, Shah dan Lah tidak lagi bersama kumpulan itu.

Sebaliknya VE2021 hanya diterajui Zafri Nazaruddin atau Zaf dan Charma Adizalilullah atau Cham bersama dua anggota baru, Adeep Nahar dan Luqman Hakim.

Ketua kumpulan VE, Zaf berkata, sudah lama mereka merancang untuk kembali bergiat aktif, namun ekoran komitmen setiap anggotanya ditambah dengan penularan wabak COVID-19, hasrat itu tergendala.

“Kami sudah lama rindu untuk menyanyi lagi. Niat untuk masuk semula ke dalam industri memang sudah lama dirancang, tetapi disebabkan kesibukkan anggotai VE dengan pelbagai komitmen, hasrat itu beberapa kali tertangguh.

“Kami yakin kehadiran Adeep dan Luqman dapat menyatukan suara kami walaupun jauh berbeza daripada VE yang dulu. Namun kami berharap, peminat setia VE dapat menerima barisan baru kami,” kata Zaf.

Sempena dengan kemunculan semula mereka, VE tampil dengan sebuah single terbaru berjudul Tunggu.

Lagu ‘mid-tempo’ yang mempunyai elemen ‘oldschool’ tetapi diadun dengan citarasa semasa itu masih mengekalkan vokal berharmoni yang menjadi ‘trademark’ kumpulan yang pernah memenangi Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-13.

Menurut Zaf lagi, mereka memilih Tunggu sebagai judul single terbaru VE sebagai simbolik penantian kumpulan itu yang mengampil tempoh lebih sedekad untuk membuat kemunculan semula.

“Lagu Tunggu mengisahkan mengenai kisah di antara anak dan ibu. Di mana kami ingin mengingatkan peminat supaya menghargai setiap detik bersama orang yang kita sayangi.

“Lagu ini mengambil masa lebih tiga minggu untuk disiapkan. Bermula daripada gubahan lagu, penulisan lirik, susunan vokal, proses rakaman dan penggambaran klip video.

“Alhamdulillan proses menyiapkan lagu sangat laju dan lancar. Tetapi kami mengambil masa sedikit lama untuk latihan memandangkan ini lagu pertama VE dengan barisan anggota yang baru.

“Jadi kami perlu mengenali keupayaan dan keserasian masing-masing. Bagaimanapun muzik video lagu ini berjaya disiapkan dalam tempoh satu hari saja dengan pertolongan Team Osh, “ kata Zaf lagi.

Tunggu dihasilkan oleh Zaf, Mulah, Dj Uno dan Aj PopShuvit sementara liriknya dihasilkan Mulah, Zaf dan Cham.

Kali terakhir kumpulan itu menerbitkan lagu ialah pada 2006 menerusi Ikhlas Tapi Jauh.

Berharap Tunggu diterima ramai dan maksudnya dapat dihayati pendengar, VE memanjatkan kesyukuran kerana berjaya merealisasikan impian membuat ‘comeback’ walapun terpaksa menempuhi pelbagai halangan.

Biarpun Tunggu baru saja dilancarkan, namun VE tidak mahu membuang masa apabila telah memulakan rakaman untuk single kedua mereka.

Malah kumpulan itu juga mempunyai beberapa buah lagu lagi serta mempunyai perancangan untuk berkolaborasi dengan penyanyi lain.

Tunggu boleh didapati di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, Deezer, KKBOX dan YouTube Music manakala video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Aug 2021

“Jenazah Terasa Sangat Ringan…” – Shuib Sepahtu Kongsi Pengalaman Uruskan Pengebumian Siti Sarah

Walaupun baru sahaja berdepan dengan kehilangan, pelawak Shuib tetap tabah berkongsi kisah pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada para peminat. Menerusi sesi Instagram Live yang diadakan, Shuib sempat berkongsi pengalamannya mengendalikan jenazah isterinya tengah hari […]

Trending Sun, 8 Jul 2018

Tabung Derma Dibekukan?

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada bekas perdana menteri yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Featured Thu, 15 Sep 2022

Ayie Floor88 Kecewa Pinjaman Kereta Tak Lulus, Rupa-Rupanya..

Fuh terkejut dibuatnya.. Happy birthday Ayie!

Trending Mon, 15 Apr 2019

研究:经常打坐和运动增强职场优势

在当今竞争激烈的大环境里,几乎每个人都日复一日地处在高科技时代的压力及疲惫不堪中,随之而来的是无法投入工作所带来的不安全感和不稳定感。如何摆脱这种状态呢?