Featured By: Atiqah Johari June 26, 2024 @ 6:33pm

Selepas 8 Kali Prosiding, Remaja Lelaki Akhirnya Mengaku Rogol Adik Kandung

Seorang remaja akhirnya mengaku bersalah merogol adik kandungnya di sebuah rumah di Ayer Hitam, Batu Pahat tahun lalu di Mahkamah Sesyen Muar hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang berumur 19 tahun itu membuat pengakuan tersebut ketika prosiding sebutan semula pertuduhan kali kelapan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Berdasarkan pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa merogol adik perempuannya yang berusia 13 tahun kira-kira jam 1 pagi pada 18 Mei tahun lalu di sebuah kediaman di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.

Mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (Akta 574) tertuduh yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 10 kali sebatan.

Mengikut laporan polis, remaja itu didakwa memaksa mangsa memasuki biliknya lalu melakukan perbuatan terkutuk itu.

Malah, kejadian sama turut berlaku tetapi mangsa tidak memberitahu perkara tersebut kepada ibu bapanya.

Selepas tidak tahan dengan perbuatan abang kandungnya itu, mangsa hadir ke Balai Polis Ayer Hitam, Batu Pahat untuk membuat laporan.

Susulan itu, pihak polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan remaja lelaki itu lima hari kemudian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh diwakili Syaffie Naim dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Kemudian, mahkamah menetapkan 28 Julai ini untuk fakta dan hukuman serta laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tertuduh pertama kali didakwa pada 29 Mei tahun lalu tetapi mengaku tidak bersalah. Sebutan kedua pula berlangsung pada 27 Jun, diikuti 27 Ogos kali ketiga, 3 September kali keempat, 17 September kali kelima, 24 September kali keenam dan 4 Oktober kali ketujuh.

Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan serta faktor keselamatan mangsa.

Mangsa kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Rembau, Negeri Sembilan selepas insiden itu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 7 May 2021

Jangan Marah-Marah, Rebut Peluang Bermaafan Di Syawal Ini!

Setelah sebulan berpuasa, hari paling dinanti adalah sambutan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya Ramadan dan bermulanya bulan Syawal. Meski tahun ini sekali lagi Aidilfitri disambut di dalam musim pandemik, hari raya masih boleh disambut dengan penuh […]

Trending Tue, 21 Apr 2020

MKI Umum Tiada Solat Terawih Di Seluruh Negara Ramadan Ini

Ini hakikat yang terpaksa diterima..

Hiburan Thu, 9 May 2024
Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Eat Travel Sun, 31 May 2020

Malaysia juga ada pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat Kelantan

Tidak perlu ke Siam untuk menikmati pasar dalam sungai

Trending Thu, 26 Sep 2019

President Ukraine dan Idea Whatsapp Group “World Leaders”

Kalau betul ada whatsapp group “World Leaders”..pasti kecoh!!