Trending By: Padin June 23, 2021 @ 10:31am

Selepas 9 Tahun, Siti Sarah Kembali Bergabung Dengan Shuib

Selepas sembilan tahun tidak tampil dengan lagu duet bersama, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, pelawak dan usahawan Shuib kembali bergabung dan berpadu suara dalam sebuah karya baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC).

SBSC yang dicipta oleh Ajai menjadi single kedua pasangan romantis ini kerana terdahulu, mereka pernah muncul dengan lagu Cinta Itu Nyawa yang pernah dikeluarkan pada tahun 2012.

Kongsi Sarah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, dia melihat ini adalah waktu yang sesuai untuk mereka berkongsi karya baharu kepada semua.

“Lagu ini sudah dirakamkan sejak setahun lalu, lebih tepat ketika negara kita berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang pertama dahulu.

“Idea lagu ini hadir daripada Ajai sendiri apabila dia yang ingin melihat kami berduet. Malah lagu ini memang diciptakan khas buat saya dan Shuib.

“Ikutkan selepas siap dirakam memang tiada tarikh untuk lagu ini dilancarkan. Jadi, dalam keadaan saya menunggu hari untuk melahirkan anak keempat dan Shuib juga tidak terlalu lalu sibuk dengan urusan perniagaan, ini adalah waktu yang sesuai untuk lagu ini menjadi hadiah terbaru kepada peminat,” katanya.

Walaupun tajuk lagu menggambarkan kisah cinta, namun ini bukanlah babak kehidupan yang dilalui pasangan ini. Mengambil kesempatan melalui keadaan semasa, dia yakin dalam keadaan ramai yang berjauhan kini, lagu SBSC cukup sesuai didengar pada masa ini.

“Situasi lagu ini menggambarkan bagaimana dua insan yang saling menyayangi terpaksa berjauhan atas sebab tertentu. Dalam tempoh ini wujud pelbagai kejadian yang menduga rasa cinta mereka. Bagaimana ukuran cinta bukanlah berdasarkan jarak tetapi perasaan itu sendiri.

“Dengan keadaan negara kita yang berhadapan dengan pandemik ini, pasti ramai yang melalui situasi yang sama. Bukan sekadar tidak dapat bertemu orang tersayang, malah ada yang tidak dapat pulang ke kampung berbulan lamanya untuk bertemu orang tersayang. Jadi lagu ini saya anggap cukup kena dengan situasi sekarang,” tambahnya lagi.

Sementara itu, pelawaan Ajai untuk berduet tidak dipandang sepi oleh Shuib. Melihat ini sebagai hadiah untuk isterinya yang sarat mengandung anak keempat, tambah Shuib menjadi harapanya agar lagu ini dapat diterima dengan baik.

“Kalau mahu kata puas hati, saya memang puas hati dengan penyampaian saya dalam lagu ini. Cuma kita tidak boleh harap perkara yang sama daripada semua pendengar. Bukan apa selepas sembilan tahun lagu terakhir saya dengan isteri, harus diakui memang agak mencabar.

“Apa pun saya bersyukur dengan perlancaran lagu ini. Selain berharap lagu SBSC dapat diterima dengan baik peminat,” kata Shuib yang mengagumi bakat penciptaan lagu yang dimiliki oleh Ajai.

Tambahnya lagi, Ajai tahu tentang kemampuan vokalnya dan apa yang diciptakan figura berkenaan ‘kena’ dengan mereka berdua dan akhirnya membuatkan dia selesa sepanjang proses rakaman berlangsung.

Untuk rekod, lagu ini diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby Records Sdn Bhd dan diedarkan oleh Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 May 2019

胖不是你的错!肥胖还有等「坏基因」也会遗传

健康的身体人人都希望有,但您知道吗?高度近视、喝水就会胖、明明体重正常却有高血脂、恼人的过敏等症状,都很有可能是父母遗传给您的!

Trending Thu, 21 Mar 2019

Kursus Motivasi Separa Bogel Kejutkan Ramai Pihak

Macam-macam lah manusia sekarang

Hiburan Mon, 1 Aug 2022

“Mereka Tak Lokek Pujian” – Saksikan Konsert Michael Buble di UK, Sissy Imann Kongsi Budaya Orang Barat

Sissy Imann sering terima pujian semasa berada di United Kingdom, suka dengan budaya orang barat.

Trending Fri, 6 Nov 2020
Cahaya Mata Fri, 6 Jan 2023

Muat Naik Ragam Anak Tak Mahu Jalan & Minta Dukung, Ramai Kongsi Nasib Sama Seperti Emma Maembong

Anak kepada pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan gelagat dan kerenahnya. Baru-baru ini, Emma berkongsi di laman Instagram gelagat Shariq yang tidak mahu berjalan dan meminta mahu didukung di sebuah

Hiburan Sun, 12 Sep 2021

“Saya Dengan Iqbal Memang Tak Ngam, Selalu Gaduh” – Cik B Tak Setuju DSV Nak Nikah Dengan Bekas PA

Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, tidak bersetuju keputusan ibunya yang didakwa bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli. DSV

Trending Thu, 23 Apr 2020
Trending Mon, 17 Jan 2022

Tular Gambar Dengan Bekas Pramugari, Ini Jawapan Zul Ariffin – “Dia Bukan Girlfriend Saya…”

“Dia bukan teman wanita saya,” itu respons pelakon Zul Ariffin ketika ditanya mengenai sekeping foto bersama wanita yang tular sekitar Disember lalu. Menurut Zul, foto yang viral itu hanya sekadar gambar dan dia juga tidak

| Live TV