Trending By: Attiqah Mohd February 7, 2020 @ 7:22pm

Selepas China, Indonesia Pula Dilanda Wabak Misteri Menyebabkan 1,000 Babi Mati

Belum pun reda kes novel Coronavirus yang melanda negara China, seluruh dunia dikejutkan dengan wabak “misteri” yang melanda negara Indonesia. 

Terbaru, hampir 1,000 ekor babi di Bali dilaporkan mati berikutan satu penyakit misteri. Menurut pihak berkuasa tempatan, jumlah korban tersebut terus meningkat 50,000 di Sumatera Utara sejak beberapa bulan lalu.

Wabak misteri landa tujuh tempat

Wabak misteri ini telah melanda tujuh tempat antaranya Badung, Tabanan, Denpasar, Gianyar, Karangasem dan Bangli. Kawasan Badung dilaporkan mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 598 babi mati, Tabanan mencatatkan kematian dengan 219, Denpasar 45, Gianyar 24 manakala Bangli dan Karangasem masing-masing mencatatkan satu kematian. 

Selain itu, menurut agensi Pertanian dan Makanan Keselamatan Bali, sekurang-kurangnya 888 babi mati akibat penyakit itu dalam tempoh dua bulan terakhir. 

 “Dari pemerhatian kakitangan lapangan kami, gejala serupa dengan penyakit babi, seperti babi kolera, salmonella, dan ASF (African Swine Fever). Mereka sama tetapi kita perlu mengesahkannya dengan keputusan makmal,” -Gede Nata Kesuma, ketua Jabatan Kesihatan Haiwan dan Kesihatan kepada CNN Indonesia.

Penyakit misteri ini telah melanda tujuh tempat antaranya Badung, Tabanan, Denpasar, Gianyar, Denpasar, Karangasem dan Bangli. Badung mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 598 babi mati, diikuti Tabanan dengan 219, Denpasar 45, Gianyar 24, manakala Bangli dan Karangasem, mencatatkan satu kematian.

Pihak berkuasa tempatan telah menghantar sampel darah babi yang mati ke Pusat Penyelidikan Veterinar Medan di Sumatera Barat bagi mencari punca kepada kematian ini. Namun, beberapa media tempatan melaporkan babi ini mati selepas menunjukkan gejala yang sama, termasuk demam, muntah dan cirit-birit, 

Kredit foto: Free Malaysia Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Mar 2021

Sempena Hari Wanita Sedunia, Siti Sarah Nak Taja Hijab Kepada Wanita Free Hair Selama Setahun

Bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut baru-baru ini, penyanyi Siti Sarah berhasrat untuk menaja tudung selama setahun kepada 10 orang peminatnya. Pelantun lagu Ke Hujung Dunia itu memilih lima wanita yang sudah berhijab dan lima […]

Trending Mon, 4 Jun 2018

Ejen FBI Asyik Menari Tertembak Pengunjung Kelab Malam

Malangnya, tindakan itu menyebabkan pistolnya jatuh daripada seluar dan dia gagal menyambutnya sebelum alat itu melepaskan tembakan dan terkena seorang lelaki pada bahagian kaki.

Hiburan Wed, 25 Oct 2023