Categories: FeaturedTrending

Selepas Menteri Kewangan Mengambil Tindakan, Tiada lagi Cukai 6% Untuk Kad Tambah Nilai Prabayar

Kalau artikel sebelum ini pada 1 September yang lalu, Hijab & Heels telah memberitahu kepada anda tentang penolakan cukai sebanyak 6% apabila anda menambah nilai kad prabayar.

Di mana, setiap penambahan kredit akan terus ditolak berikutan sales service tax atau lebih dikenali dengan nama SST yang telah berkuat kuasa di Malaysia.

Namun, penolakan tersebut telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pengguna. Berikutan daripada itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah tampil dan menyatakan bahawa pengguna tidak sepatutnya menanggung cukai berkenaan.

Beliau juga telah mengeluarkan arahan untuk memastikan pembeli kad prabayar seperti nilai RM10 akan diberikan kredit sebanyak RM10 juga tanpa potongan.

Dipahamkan, pengurangan kredit yang ditanggung oleh pengguna pada 1 September lalu akan dikembalikan dalam bentuk rebat.

Bolehlah tarik nafas lega bagi anda yang selalu tambah nilai prabayar!

Sumber: Kosmo

tex_admin