Trending By: Padin January 13, 2022 @ 8:24pm

Selepas Tular Aksi Penari Gedik Berwajah Persis AC Mizal, Penganjur Pula Kena Kecam… Dituduh Anjur Majlis Maksiat!

Selepas aksi seorang penari lentik berwajah persis pengacara Datuk AC Mizal hangat diperkatakan netizen, penganjur majlis berkenaan juga terkena tempias kecaman wargamaya.

Penganjur majlis menerima kritikan netizen kerana mengundang penari yang membuat persembahan tarian yang didakwa terkinja-kinja dan ada pula yang melabelkan majlis itu sebagai majlis maksiat.

Tidak berdiam diri, penganjur majlis yang dikenali sebagai Ikmal Lee, 26, menjelaskan persembahan yang dilakukan hanyalah untuk menghiburkan tetamu sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHAMMAD LAMKI (@lamkilee)

“Selepas video penari lelaki itu heboh diperkatakan orang ramai, saya juga turut dikecam netizen. Ada yang tak puas hati kerana saya mengundang penari membuat persembahan dalam majlis itu.

“Saya menerima mesej yang mendakwa saya ni tak sensitif, bawa penari lembut berperwatakan perempuan. Saya sendiri pun pelik disebabkan rakaman pendek persembahan itu orang terus tuduh macam-macam, sampai ada yang kata anjur majlis maksiat ketika negara berdepan pelbagai ujian.

“Majlis itu bukan majlis maksiat. Saya sedang melancarkan produk kecantikan saya, The Bleu Whitening Crème. Tarian tersebut hanyalah selingan untuk menghiburkan tetamu. Saya nak jelaskan penari yang saya jemput buat persembahan itu ialah penari profesional. Semasa itu mereka menjadi penari untuk lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga.

“Penyanyi Ayu Damit yang mempersembahkan lagu terbabit, jadi tarian tersebut memang sesuai dengan rentak lagu. Tak kenalah jika lagu sebegitu, step tarian tradisional pula,” katanya yang merupakan usahawan kecantikan jenama Bleu.

Menerima komen lucu dan kritikan yang menghentam, Ikmal mahu netizen menghentikan kecaman.

“Pada awalnya saya tonton video terbabit, saya terhibur terhibur sebab orang samakan penari dengan Datuk AC. Apa yang tak enak, tiba-tiba ada yang melampau dan mula mengecam hanya kerana rakaman video beberapa saat itu.

“Niat saya hanya nak hiburkan tetamu. Lagi pun kita ikut tema European style, jadi suka hati kamilah nak buat show macam mana pun sebab kami bayar mahal. Jadi saya rasa cukup-cukuplah kecam… apa la sangat tarian tu! Bukan melampau pun, hanya tarian biasa,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Sep 2019

Impian Anak Jati Pahang ke Sukan SEA Menjadi Kenyataan

Dari Kampung Cherating ke Manila, Filipina…!

Featured Sat, 11 Sep 2021

Tan Sri Zaman Khan Meninggal Dunia

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Sabtu. Difahamkan, Zaman Khan,78, meninggal dunia pada jam 10.15 pagi dan jenazah akan […]

Trending Tue, 14 Apr 2020
Trending Wed, 21 Aug 2019

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Kerana Anjing ”Pit Bull”

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Jadi Mangsa Serangan Buas Kumpulan Anjing ”Pit Bull”

Featured Thu, 26 Apr 2018

Ditemubual Ellen DeGeneres, Henry Golding Rasa Macam Tak Percaya

Henry Golding saat menggambarkan pengalaman berharga ditemubual Ellen DeGeneres yang pastinya menjadi momen tidak akan dilupakan itu sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Trending Mon, 3 Jan 2022

Avaa Vanja Berjaya Dapatkan Hak Penjagaan Sementara & Injunksi Bagi Menghalang Anak Dibawa Keluar Negara

Pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur setelah beliau memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lepas. Peguam Syarie Nurul Hafidzah dan Zeti […]

Trending Mon, 2 Jul 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Berikut adalah senarai penuh menteri kabinet bagi nama anggota semua jemaah menteri serta timbalan menteri kerajaan persekutuan Malaysia yang telah diumumkan baru-baru ini selepas Tun Mahathir mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

| Live TV