Trending By: SGMS Faida July 20, 2018 @ 9:44am

Selit Dadah Dalam Coli, Dua Rakyat Malaysia Kena Cekup Di Jepun

Ditemui dalam keadaan mencurigakan, dua warga Malaysia ditahan Jabatan Polis Metropolitan dan Kastam Tokyo di Lapangan Terbang Haneda, semalam.

Badan Kawalan Jenayah Terancang di sana mendapati kedua-dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu membawa lapan paket dadah dianggarkan seberat 1.5 kilogram dengan nilai kira-kira 90 juta Yen (RM3,251,440).

Menurut laporan portal tempatan Jepun, The Asahi Shimbun, dua wanita itu dipercayai cuba menyeludup dadah yang disorokkan dalam pakaian dalam.

Kedua-dua wanita berkenaan mengaku menyeludup dadah ‘Stimulant’ dengan menyembunyikan dalam tuala wanita dan coli yang dipakai mereka dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Haneda.

Difahamkan, kedua-dua wanita berkenaan adalah rakan sekerja di sebuah hotel berkata, mereka pertama kali datang ke Jepun dengan visa jangka pendek.

Mereka diberikan dadah disyaki oleh seseorang yang mengarahkan mereka di Kuala Lumpur, dakwa Jabatan Polis Metropolitan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022

“Janda Yang Paling…” – Bekas Kekasih Mahu Kahwini Sera

Haa ada yang dah bagi hint tu… agak-agak Shuk jealous tak? 😂

Trending Thu, 27 Jun 2019

Pertama Di Malaysia, Hotel Ini Jamin Penginapan Penuh 26 Jam!

Nak bercuti tapi tak tahu nak check in kat mana? Jom tengok hotel apa sesuai untuk korang!

Featured Tue, 29 Mar 2022

Jom Semak Cara Buat Rayuan BKM Fasa 1 Yang Akan Dibuka Pada 2 Mei Hingga 2 Jun 2022

Jangan kecewa yang tak dapat. Anda mungkin boleh dapat apabila membuat rayuan

Trending Thu, 14 Dec 2017

Wang kertas peringatan sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas sebagai peringatan

Hiburan Thu, 21 Dec 2023