Pelakon Emma Maembong selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 8 November lalu.
Menerusi satu laporan daripada Harian Metro, Emma selamat melahirkan bayi lelaki secara normal dengan berat 3.2 kilogram.
Umum Jantina Bayi Di Instagram
Menjengah ke laman Instagram Emma, beliau sempat memuatnaik sebuah video sambutan “baby shower” yang diadakan bersama keluarga dan kenalan rapat.
Difahamkan, Emma turut mengumumkan jantina cahaya mata pertamanya di majlis berkenaan.
Terbaru, suami kepada Emma, Shazli Azhar telah memuat naik sebuah video menunjukkan pasangan bahagia itu bersama bayi lelaki mereka.
“Alhamdulillah. 8.11.20 Allah is the greatest, baby boy,” tulis Shazli.
Video tersebut kini menerima lebih 146,000 tontonan.
Kami di Xtra mengucapkan tahniah buat Emma dan suami di atas kelahiran putera sulung.