Trending By: Salma Syahbuddin December 9, 2020 @ 12:20pm

Semua Aktiviti Masjid, Surau Di Sabah Dibenarkan Semula

Semua aktiviti masjid dan surau di seluruh negeri Sabah termasuk dalam zon merah dibenarkan mengadakan semua jenis aktiviti keagamaan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun, kebenaran itu selaras kelonggaran diberikan kerajaan yang berkuatkuasa bermula 7 Disember 2020.

Antara aktiviti yang dibenarkan

Semua aktiviti solat lima waktu secara berjemaah, solat Jumaat, kuliah Maghrib, Dhuha dan lain-lain aktiviti keagamaan termasuk kelas agama adalah dibenarkan.

Tambahnya lagi bagi solat lima waktu secara berjemaah, bilangan jemaah dibenarkan di masjid dan surau bagi seluruh zon di Sabah ialah satu pertiga kapasiti dewan solat utama masjid dan surau.

Manakala, bagi solat Jumaat, bilangan jemaah yang dibenarkan adalah mengikut keluasan dewan solat utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

“Aktiviti atau program masjid dan surau dibenarkan dalam tempoh tidak melebihi satu jam seperti kuliah Maghrib, Dhuha dan sebagainya. Dan, aktiviti kelas agama diadakan di dewan atau bilik khas masjid tidak melebihi lima jam dan bilangan peserta tidak melebihi 20 orang ” katanya.

Bagi majlis akad nikah, tetamu mestilah TIDAK melebihi 20 orang mengikut saiz ruang majlis.

” Ia termasuk SOP berkaitan jamuan makan dan minum iaitu hanya dibenarkan dalam bentuk bungkusan. Kerajaan turut menetapkan had umur kanak-kanak yang dibenarkan hadir ke masjid dan surau adalah 10 tahun ke atas.” Jelasnya.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jun 2020
Trending Mon, 2 Jul 2018

13 Menteri, 23 Timbalan Angkat Sumpah Di Istana Negara

Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Featured Tue, 5 Apr 2022
Featured Thu, 28 Apr 2022

Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Penjelasan Aina Abdul

Penjelasan tentang harga konsert Aina Abdul yang dikata mahal.

Featured Thu, 4 Aug 2022

[VIDEO] “Watak Hayfa Sangat Berat, Saya Faham Perasaannya… ” – Ummi Nazeera Pernah Risau Tak Boleh Hamil Di Awal Perkahwinan

Menjadi seorang wanita ini tak mudah kan.. lebih-lebih lagi apbila dah berkahwin. Apapun, tahniah Ummi Nazeera sebab berjaya bawa watak Hayfa dengan penuh emosi!

Hiburan Tue, 12 Dec 2023