Trending By: Salma Syahbuddin September 10, 2020 @ 5:15pm

Semua Aktiviti Sosial, Sukan & Rekreasi Adalah Dilarang Sepanjang Tempoh PKPD

Kerajaan akhirnya melaksanakan semula PKPD secara pentadbiran di 28 mukim daerah Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah bermula jam 12.01 malam ini.

PKPD berkuatkuasa selama 15 hari

PKPD secara pentadbiran akan melibatkan daerah Kota Setar yang mempunyai penduduk seramai 366, 787.

Manakala, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam akan dihentikan sehingga arahan pelaksanaan ini tamat.

Aktiviti Sosial, sukan, rekreasi adalah dilarang

Bagi aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya juga adalah dilarang sepanjang tempoh PKPD berkuatkuasa.

Ini termasuklah, taska, sekolah swasta, dan kerajaan termasuklah institusi pengajian rendah, menengah dan pra-universiti juga diarahkan tutup sepanjang tempoh PKPD secara Pentadbiran.

Hanya premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan perlu sahaja (essential services) dibenarkan beroperasi seperti premis yang menyediakan perkhidmatan makanan sebagai contoh kedai makan dan warung serta stesen minyak, kedai runcit dan farmasi, klinik serta hospital sahaja.

Manakala bagi restoran, kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga jam 2 pagi.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas pada Khamis selepas menerima banyak aduan pemilik premis yang pendapatan mereka terjejas kerana waktu operasi terhad.

Operasi Perniagaan juga terhad

Klinik dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam, manakala waktu operasi farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan dibenarkan sehingga 8.00 malam sahaja.

Stesen minyak dan kedai runcit boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja. Manakala, operasi pasar malam dan pasar tani juga adalah TIDAK dibenarkan, dan hanya operasi pasar harian dibenarkan iaitu dari jam 6 pagi sehingga2 petang sahaja.

PKPD di Amanjaya dilanjutkan

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri tempoh PKPD Pentadbiran di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah akan dilanjutkan tiga hari lagi hingga 13 September ini.

PKPD Pentadbiran di Kota Setar diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini selepas mengambil kira peningkatan kes positif Covid-19 dari Kluster Sungai dan Tawar.

Individu yang perlu keluar untuk bekerja tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan sepanjang tempoh PKPD secara Pentadbiran. Malah, majikan diminta dan membenarkan mereka yang terlibat untuk bekerja dari rumah (work from home).

Penjara Tawau Tidak terkecuali

Selain itu, pelaksanaan PKPD Pentadbiran di Penjara Tawau dan Kuarters penjara itu pula diputuskan selepas mengambil kira penularan kes jangkitan positif Covid-19 di Penjara Tawau.

Arahan itu akan membabitkan banduan, 114 anggota dan 355 ahli keluarga Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Tawau.

Dan, sebarang pergerakan keluar masuk penjara adalah tidak dibenarkan termasuklah pelawat dan ahli keluarga sehingga tempoh ini tamat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Tue, 16 Aug 2022

Lagu Baru Diterima Peminat, Irfan Haris Mahu Ceburi Bidang Lakonan Pula

Nama Irfan Haris pernah menjadi sebutan menerusi lagu hitsnya berjudul Redha. Memiliki vokal tinggi dan meminati genre ‘balada’ membuatkan Irfan selesa dengan karya-karya yang disifatkan ‘sendu. Penyanyi berusia 21 tahun itu kini mempunyai naskhah baharu

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Bukan Nak Berahsia, Tapi…” – Syafiq Farhain Mengaku Sudah Ada Teman Istimewa

Penyanyi Syafiq Farhain atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain A M Salim, 27, mengakui sudah mempunyai teman istimewa yang menghuni hatinya. Namun begitu, anggota bomba ini enggan mengulas lebih lanjut mengenai gadis yang menjadi pilihannya. “Sejujurnya,

Featured Thu, 23 Feb 2023

Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Talak Satu Di Depan Keluarga

Mungkin ini jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka 😢😢

Featured Sat, 2 Apr 2022

Terpanggil Menjayakan Misi Kemanusiaan Di Lubnan, Anuar Zain Persiap Mental & Emosi

Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan segala urusan 🤍❤️

Trending Wed, 18 Nov 2020

Pemberian Elaun Khas Covid-19 Secara Bersasar

Jasa frontliners buat negara..

| Live TV