Categories: Trending

Semua Institusi Pendidikan Di Kawasan PKPB Ditutup

Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi kenyataanya pada Isnin memaklumkan semua institusi pendidikan yang berdaftar di kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan wilayah persekutuan Putrajaya ditutup.

Sumber : Facebook KPM

Penutupan itu termasuklah, tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, kolej vokasional, dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pengajaran & Pembelajaran di rumah

Pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manakala, manual pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak KPM boleh dimuat turun menerusi portal rasmi www.moe.gov.my

Salma Syahbuddin