Trending By: Salma Syahbuddin November 1, 2020 @ 4:18pm

Semua Masjid Dan Surau Di Zon Merah Johor Bahru Mula Dibuka

Semua masjid dan surau di daerah Johor Bahru yang sebelum ini diisytiharkan berada dalam zon merah kini dibuka dan semua aktiviti akan diteruskan mengikut SOP.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, pengurusan masjid dan surau diarahkan mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan setiap jemaah mematuhi SOP yang ditetapkan. 

Malah, sebarang tindakan penutupan sementara masjid dan surau di daerah Johor Bahru adalah tertakluk kepada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).  

“Sehingga hari ini, tiada arahan dikeluarkan MKN dan KKM untuk menutup sementara mana-mana masjid atau surau di daerah Johor Bahru yang diisytiharkan zon merah.

Artikel Berkaitan : Solat Jumaat Dan Fardhu Masih Dibenarkan Di Kawasan PKPB

Jumlah jemaah 1/3 daripada keluasan masjid

Tambahnya lagi, jumlah kehadiran jemaah masih kekal iaitu mengikut 1/3 daripada kapasiti keluasan masjid atau surau seperti sebelum ini.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengumumkan Johor Bahru sebagai zon merah berikutan kes jangkitan aktif Covid-19 meningkat kepada 45 kes dengan kewujudan empat kluster baharu.

Artikel Berkaitan : Kelonggaran Akad Nikah Di Selangor Bermula November Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 5 Feb 2022

Realisasi Impian Sejak Kecil, Pilot Cantik Ini Muncul Dengan Single Cerita Ku

Sering menyertai pertandingan nyanyian ketika di usia kanak-kanak, gadis cantik bernama Farah Rose ini merealisasikan impian untuk menjadi penyanyi. Pemilik nama sebenar Nur Farah Najihah Rosmi, 22, ini kini mengatur langkah dan muncul dengan single […]

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Ada Yang Tegur Kerana…” – Amir Masdi Selesa Dengan Rambut Panjang

Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Sakiti, Amir Masdi, 25, mengakui dirinya selesa dengan imej berambut panjang. Menurut Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi, ramai peminat turut bersetuju dengan imej yang dibawanya sekarang. “Ada […]

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Wed, 3 Jan 2024
Trending Wed, 4 Apr 2018

Ayam ‘Crispy’ Kena Perli?

“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!” menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.

Hiburan Tue, 19 Dec 2023