Featured By: Attiqah Mohd May 28, 2021 @ 8:41pm

Semua Sektor Ekonomi Ditutup, Kerajaan Laksanakan Total Lockdown Bermula 1 Jun

Sejak dilanda gelombang ke tiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak, dengan 8,290 kes baharu dicatat.

Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang awal hari ini telah memberi pertimbangan penuh untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh, seperti mana PKP 1.0 yang dijalankan pada tahun lepas.

Menerusi kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan melaksanakan total lockdown atau PKP secara penuh melibatkan seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

“Sekiranya lockdown Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes-kes harian COVID-19, kerajaan akan melaksanakan lockdown Fasa Kedua, iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

“Lockdown Fasa Kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri itu.

Katanya, setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah memasuki Fasa Ketiga, iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini di mana aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan.

Walau bagaimanapun, katanya keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan, semua sektor ekonomi akan ditutup kecuali sektor ekonomi penting yang akan disenaraikan di bawah Majlis Keselamatan Negeri.

Susulan keputusan ini, kementerian kewangan akan mengumumkan bantuan insentif dan kewangan dalam masa terdekat untuk membantu ekonomi dan rakyat yang terkesan.

Sehubungan dengan itu, semua rakyat dinasihatkan untuk terus berada di rumah demi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Feb 2021
Featured Tue, 21 Mar 2023
Trending Sun, 6 Jan 2019

Yang di-Pertuan Agong Letak Jawatan

SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Featured Fri, 23 Sep 2022

“Sebab Baru 9 Bulan…” – Sedang Mengenali Seseorang, Nasha Aziz Tersipu Malu Disoal Mengenai Bunga

Comel je tengok Nasha malu-malu cakap pasal teman istimewa tu 🙈🥰

Trending Thu, 9 Aug 2018

“We never thought about becoming millionaires but…”

Brothers win RM11 million in Jackpot.

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Wed, 27 Sep 2023