Trending By: Padin August 27, 2021 @ 12:41pm

Semuanya Sedap! Antara 5 Pencuci Mulut Terkenal Di Malaysia, Mana Satu Kegemaran Anda?

Malaysia adalah negara yang sangat unik dengan pelbagai etnik, bahasa dan budaya. Tapi, kalau ditanya apa yang membuatkan rakyat Malaysia ni bersatu padu, mestilah kerana makanannya yang bervariasi dan semestinya enak-enak belaka!

Haa.. Memandangkan negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64, jom kami kongsikan beberapa pencuci mulut dan makanan ringan terkenal yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak turun temurun!

#1 Cendol

Cuaca panas, tekak haus memang sedap kalau dapat makan cendol! Sebut je cendol, mesti dalam kepala dah terbayang pencuci mulut paling popular di Malaysia yang manis, berais, dicampur pula dengan santan, jagung, gula merah dan pulut.

Kalau anda nak tahu, cendol juga telah diisytiharkan sebagai makanan warisan Malaysia dan bukan saja terkenal di negara kita, malah turut popular di Indonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand, Singapura, dan Myanmar.

Terkenal di negeri: Pulau Pinang
Gerai yang anda harus cuba: Penang Road Famous Teochew Chendul (Pulau Pinang), Cendol Pak Akob (Selangor) Ah Keong (KL), Ansari Famous Cendol & Bismillah Cendol (Taiping)

#2 Apam Balik

Kalau pergi ke pasar malam, mesti anda akan jumpa banyak gerai yang menjual apam balik. Tak kisahlah, apam balik tebal ke, nipis ke, yang pasti lempeng manis yang diisi dengan kacang, jagung manis dan gula ni memang merupakan kegemaran rakyat Malaysia tak kira tua atau muda!

Terkenal di negeri: Pulau Pinang, Kelantan, Perak & Lembah Klang
Gerai yang anda harus cuba: Apong Guan (George Town), Apam Balik Stall (Petaling Street), Apam Balik Nusantara (KL), Apam Balik Station

#3 Putu Mayam

Masa kecik-kecik, min suka tunggu Uncle Muthu lalu depan rumah sebab nak beli putu mayam. Putu mayam ni adalah adunan tepung, santan dan air yang seterusnya dijadikan bentuk seperti bihun. Ia kemudian dikukus dan dimakan bersama gula pasir merah dan kelapa parut.

Sedapnya! Boleh makan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Terkenal di negeri: Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur
Gerai yang anda harus cuba: Pasar malam SS3 (PJ), Jalan Pasar, Pulau Tikus (Pulau Pinang), Lorong Pasar Little India (KL)

#4 Onde-Onde / Buah Melaka

Kuih tradisional yang berbentuk bulat ni adalah adunan beras pulut yang diisi dengan gula melaka, kemudian diuli menjadi bulat, direbus dan digaul dengan kelapa parut. Bila makan panas-panas tu, kemudian gigit pulak gula melaka yang cair didalamnya. Perghhh..memang layan!

Terkenal di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan & Selangor
Kedai yang anda harus cuba: Nyonya Colours (One Utama), A’Han Nyonya Kuih (PJ), Melaka Corner

#5 Kuih Seri Muka

Kalau anda pergi ke kenduri, majlis-majlis di pejabat ataupun potluck, tak lengkap kalau tak ada kuih seri muka. Kuih seri muka ni terdiri daripada lapisan pulut dan kastard pandan manis yang kemudian dikukus. Rasa pulut yang lemak bersama kastard pandan manis tu memang boleh buat makan tak berhenti!

Terkenal di negeri: Johor dan Terengganu
Kedai yang anda harus cuba: Mak Jah Corner (Ampang Jaya), My Little Cake Shoppe (TTDI)

Aduhh.. Terliurlah pulak lepas tengok segala jenis pencuci mulut ni. Lepas ni, confirm anda pun terus rasa nak pergi cari dan beli kan?

Tapi, tak lengkap rasa setiap pencuci mulut ni kalau tiada gula untuk pemanis. Gula pilihan kami, semestinya gula CSR!

Central Sugars Refinery (CSR) memang satu jenama yang tak asing lagi dan sudah pun menjadi pilihan utama rakyat Malaysia selama lebih dari lima dekad. Berkomitmen untuk memenuhi keperluan seharian pengguna, CSR juga mementingkan kualiti dan inovasi produknya dengan menawarkan gula yang bukan sekadar menjadi pemanis, malah sebagai pengawet, pengubah tekstur, perasa dan pewarna yang dapat menyedapkan lagi makanan dan masakan anda!

Selain gula halus biasa, CSR juga mempunyai pelbagai variasi gula dan pemanis seperti gula perang, gula merah, gula aising, gula kastor, golden syrup dan juga campuran gula dan stevia yang semestinya lebih sihat, lebih baik dan lebih enak!

Sebagai meraikan dan memperingati kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun, CSR Sugar ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua yang telah menyokong perjalanan mereka selama 56 tahun ini.

Selamat Hari Merdeka dari CSR!

Jom dapatkan produk CSR di Lazada CSR Flagship Store dan layari laman web CSR Malaysia, Facebook dan Instagram CSR Teman Sajian untuk sebarang maklumat lanjut.

Kredit foto: Freepik, Adobe Stock, EverydayOnSales.com, Stock Image, YouTube Resepi Che Nom

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 31 Jul 2021

Apa Kesudahan Drama Ayahanda? Jangan Lupa Saksikan Episod Akhir Malam Ini!

Drama Ayahanda mendapat perhatian ramai semenjak ia mula bersiaran dan menemui penonton pada 10 Julai lalu. Selain memaparkan jalan cerita yang tidak klise, aksi pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, […]

Hiburan Fri, 1 Dec 2023

Bakal Nikah Dengan Tiko Aryawardhana Esok, Tiada Lagi Nama Sinclair Di Profil Instagram BCL

Hilang di profil username IG, tapi pastinya tidak hilang di hati 😊

Trending Sun, 3 Jun 2018

Gadis Kelahiran Ampang Pecah Rekod Sertai Miss Universe New Zealand

Gadis kelahiran Ampang dan dibesarkan di New Zealand, Nurul Shamsul berjaya menempatkan diri di pentas akhir Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand. Good Luck Nurul!

Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Featured Fri, 12 Mar 2021

Boleh Naikkan Caruman Perkeso Tetapi Hanya Syer Majikan Untuk Pekerja – MTUC

Cadangan untuk menaikkan kadar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu dibuat terhadap syer majikan sahaja tanpa melibatkan kenaikan kadar kepada pekerja. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata kesatuan itu bersetuju […]

Hiburan Wed, 13 Sep 2023

Bilal Bakal Masuk Prasekolah Minggu Depan, Neelofa Kecewa Tak Dibenarkan Akses CCTV Sekolah

Memang bagus kalau boleh akses CCTV terus.. Awww kejap je masa tetiba Bilal dah nak pegi school!