Trending By: Aisyah Badrul April 15, 2020 @ 1:38pm

Seram! Guna Pocong Takutkan Penduduk Yang Ingkar Arahan PKP

Di India, pihak berkuasa di sana mengenakan denda dengan menyuruh pelancong yang ingkar arahan PKP menulis “Im sorry” sebanyak 500 kali. Namun, lain pula di Indonesia apabila sebuah perkampungan di pulau Jawa terpaksa menggunakan khidmat pocong untuk menakutkan penduduk kampung yang masih berkeliaran sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun malangnya, taktik menggunakan pocong ini tidak berhasil seperti yang diharapkan kerana “pocong” tersebut duduk di sesebuah tempat dalam tempoh yang lama.

Malah, kehadiran pocong tersebut telah membuatkan penduduk kampung keluar berpusu-pusu untuk melihat sendiri rupa pocong itu.

Akhirnya, pihak berkuasa disana telah mengubah taktik dan meminta para sukarelawan yang berpakaian seperti pocong muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja. Apa yang lebih menarik, pocong-pocong ini akan datang mengejutkan mereka yang masih keluar rumah pada waktu malam. Siapa tak seram kalau kena tegur dengan pocong kan!

Kredit foto: libur

Ternyata taktik ini berjayadan penduduk kampung tersebut sudah tidak berani untuk keluar rumah pada waktu malam. Mereka bimbang akan terserempak dengan pocong tanpa dijangka.

“Kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan memberi impak kerana kehadiran pocong akan menakutkan mereka,” kata Anjar Pancaningtyas, ketua kumpulan belia Kampung Kepuh, Jawa Tengah

Para sukarelawan yang bertindak meyerupai pocong ini telah bekerjasama dengan pihak polis bagi membantu mengelakkan penularan wabak Covid-19 secara tidak konvesional.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Dec 2022
Featured Thu, 12 May 2022

Noor Nabila Mohon Doakan Kebahagiaannya Bersama Engku Emran

Aidilfitri yang bermakna buat Noor Nabila

Featured Wed, 11 Aug 2021

Dakwa Wujud Orang Ketiga, Aman RA & Isteri Akhirnya Sah Bercerai

Selepas mendedahkan kisah rumah tangga mereka berantakan, isteri kepada penyanyi rap Aman RA, Natiqah Rahmat akhirnya mengesahkan beliau telah berpisah dengan suaminya. Menerusi satu perkongsian, Natiqah berkata, lafaz cerai secara taklik yang dibuat pada 29

Trending Mon, 4 Mar 2019

Wanita ini memberikan 200 beg cenderahati kepada penumpang

Hendak marah pun fikir dua tiga kali.

Trending Thu, 27 Feb 2020
Trending Mon, 29 Aug 2022

Percutian Mewah Jadi Bualan, Nazim Othman Jawab Tuduhan Dibela VIP?

Wow!! Siapa yang cakap Nazim dibela tu?? Meh kita tengok apa kata Nazim

Featured Thu, 8 Apr 2021

Kadar Pengganguran Menurun Pada Februari

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Februari, kadar pengangguran di negara ini turun kepada 4.8 peratus berbanding 4.9 peratus pada Januari. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan

| Live TV