Trending By: Padin October 24, 2020 @ 9:30am

Seram! Kelibat Lembaga Putih Muncul Di Muzik Video Terbaru Ryan Deedat?

Penyanyi Ryan Deedat mengakui terkejut dengan kemunculan kelibat lembaga putih dalam video lirik single terbarunya yang berjudul Monalisa.

Calon Top 5 kategori Artis Baharu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi tahun lalu ini mendedahkan dia mula menyedari perkara menyeramkan itu selepas membaca komen di YouTube bersama pihak pengurusannya, baru-baru ini.

Tak sedar pun!

“Sejujurnya, tak perasan pun. Mula-mula kami tak sedar pun ada penampakan yang didakwa lembaga putih.

“Tapi, selepas seminggu dilancarkan, tiba-tiba ada beberapa komen di YouTube yang menyatakan ada melihat ‘perkara’ itu pada minit 3:20.

“Selepas kami meneliti dan membelek semula rakaman video terbabit, kami baru perasan ada kehadiran lembaga yang tak diundang dalam video lirik single terbaharu saya,” katanya kepada xtra.

Tambah Ryan, selepas membaca komen yang ditinggalkan orang ramai di YouTube, dia kembali mengingati situasi yang berlaku ketika proses rakaman video lirik terbabit.

“Sebenarnya, kami memang ada rasa lain. Memang timbul rasa seram sejuk di kawasan itu tapi kami tak endahkan dan tak mahu berfikiran negatif. Kami menjalani penggambaran di lot kedai yang terletak di Puchong.

“Sebolehnya, kami nak selesaikan tugasan penggambaran itu dengan cepat, tapi tak sangka pula ada kehadiran makhluk yang tak diundang di situ,” katanya.

Sebelum ini, Ryan pernah popular dengan single berjudul Salimah yang menyaksikan dia bergandingan bersama penyanyi Allahyarham Sandra Dianne.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 29 Dec 2022
Trending Wed, 8 May 2019

‘ Cukuplah Menabur Fitnah Pada Saya’- PU Abu Nafi Nikah Diam-Diam

PU Abu turut menyertakan hantaran screen shot menunjukkan IG sebenarnya telah diceroboh individu tidak dikenali.

Hiburan Fri, 22 Sep 2023

Sudah Mula Bekerja, Keadaan Jasmin Hamid Bertambah Baik Selepas Pembedahan

Alhamdulillah, semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya

Featured Fri, 8 Oct 2021
Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Sebaknya! Caprice Bantu Bakal Atlet Negara Dari Keluarga Miskin Raih Perhatian, Siap Buat ‘Surprise’ Tan Boon Heong Lagi!

Min pun sebak, moga Caprice dan keluarga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki💖

Featured Sun, 13 Feb 2022