Trending By: Attiqah Mohd April 17, 2019 @ 12:29am

Seram! Rakaman Video Kelibat Penampakan Sebenar Nenek Kebayan Di Ulu Kenas, Perak

Sebuah video yang dirakamkan oleh seorang wanita ketika berada di kawasan air terjun di Perak baru-baru ini kecoh diperkatakan di laman sosial. Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 4 petang di Air Terjun Ulu Kenas, Perak

Menerusi video yang dirakamkan, wanita tersebut dilihat melaungkan nama dan memanggil anak-anaknya supaya pulang ketika mereka dilihat bermandi manda di kawasan sungai. 

Wanita itu kemudiannya mengalihkan sudut rakaman video ke arah batu sekitar kawasan tebing sungai, rakaman itu menunjukkan kelibat penampakan nenek tua seakan nenek kebayan dengan tongkat dan pakaian yang lusuh dari jarak jauh. 

Kanak-kanak terbabit yang tidak menyedari kewujudan “nenek kebayan” di kawasan sekitar mereka dilihat  leka bermandi manda di sungai. 

Wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak sempat merakam kelajuan nenek kebayan yang kemudiannya dilihat bergerak pantas ke arah suatu sudut lain. 

Sejurus selepas rakaman dilakukan, wanita itu kemudiannya pengsan dan terdengar anak- anaknya mencari bapanya untuk memaklumkan keadaan ibunya. 

Saksikan video kelibat nenek kebayan di bawah

Pelbagai sumber timbul selepas penularan video tersebut, sesetengah pihak mendakwa ianya palsu manakala ada juga pihak yang mendakwa kejadian tersebut benar-benar berlaku berikutan lokasi air terjun itu yang didakwa “keras”.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Apr 2021
Trending Wed, 19 May 2021

“Rasa Nak Pengsan, Macam Nak Gugur Jantung” – Puteri Sarah Positif Covid-19

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 36, mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas membuat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di Shah Alam, semalam. Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini berkata, dia bertindak melakukan ujian terbabit selepas hilang […]

Featured Mon, 14 Nov 2022
Featured Mon, 12 Sep 2022
Featured Wed, 31 May 2023

“Saya Takut Beranak, Tapi Buatnya Sed*p” – Kongsi Pengalaman Melahirkan 6 Orang Anak, Rebecca Nur Islam Pilih Proses Pembedahan

Alamak! Cerita dalam kain ni kalau diambil dari sudut positif maka banyak benda korang boleh belajar okay!

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Bapa Along Jinbara Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Along sekeluarga