Trending By: Padin June 13, 2021 @ 9:07pm

Sering Berdepan Kontroversi, Ara Johari Bawa Diri?

Pernah heboh diperkatakan apabila penyanyi Ara Johari didakwa membawa diri kerana merajuk dan tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan.

Menurut pelantun lagu Bunga itu, semua yang timbul hanyalah salah faham.

“Saya tak bawa diri pun, ini semua salah faham, saya masih lagi aktif menyanyi, kalau tak percaya boleh periksa di akaun Instagram saya sendiri.

“Saya cuma mahu mengambil masa lebih sedikit bagi mengumpulkan material yang terbaik untuk single baru saya dan pada masa yang sama sibuk menguruskan perniagaan makanan.

Muncul dengan single terbaru berjudul Tetap Aku Cinta, ia merupakan sebuah karya bergenre balada rock moden yang dicipta oleh komposer dan penulis lirik, Amy Bong dan Furhan serta diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

“Single terbaru ini merupakan comeback buat saya dan hadiah untuk semua peminat yang merindukan buah tangan terbaru. Ia mengisahkan tentang cinta sejati terhadap seseorang yang disayangi dan sanggup menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama sehingga ke akhirnya.

“Saya harap semoga Tetap Aku Cinta dapat diterima baik oleh semua, serta berjaya menarik minat pendengar di luar sana. Semoga banyak perkara positif yang datang daripada lagu ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 21 Aug 2021
Featured Thu, 24 Nov 2022

Ustazah Asma’ Ketuai Bacaan Yassin Buat Nad Zainal, Hampir 4,500 Masuk Sesi Live

Industri seni tanah air dikejutkan dengan berita sedih apabila aktres versatil Nad Zainal dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman di paru-paru. Sehubungan dengan itu, satu inisiatif telah di ambil oleh The Khadijah

Featured Thu, 5 Aug 2021

Wujudkan 320,000 Peluang Kerja – Menteri Kewangan

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerajaan menerusi inisiatif Majlis Pekerjaan Negara sudah berjaya membantu mewujudkan 320,000 peluang pekerjaan setakat ini. Beliau berkata, majlis itu ditubuhkan dengan sasaran mewujudkan 500,000 pekerjaan dan

Featured Tue, 20 Sep 2022
Drama Mon, 16 Jan 2023
Featured Fri, 25 Nov 2022

| Live TV

error: Content is protected !!