Trending By: Salma Syahbuddin November 30, 2020 @ 11:32am

“Serius Lah…Awak Ni Bukan Betul Sangat” Suami Tak Percaya Ain Edruce Pregnant Gara-Gara Selalu Kena ‘Prank’

Nampaknya semua persoalan telahpun terjawab apabila pengacara Immortal Song dan pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang disiarkan di TV3 ini mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Usia kandungan kini berusia empat bulan, Ain mengumumkan berita gembira itu menerusi muat naik di akaun Youtube miliknya semalam.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah reaksi suami Ain, Amirul Hafiz Mustaffa apabila mendapat tahu berita yang menggembirakan itu.

“Awak ni bukan betul sangat”

Itu antara ayat yang diungkapkan oleh Amirul sebaik sahaja Ain memberikan pregnancy test dan memberitahu beliau kini sedang berbadan dua dan bakal menjadi ibu dan ayah.

” Penat kitorang simpan secret since langkawi…”

Rakan Ain iaitu pengacara dan usahawan, Shalma Aina akhirnya mengakui sebelum ini mereka telahpun mengetahui mengenai berita gembira tersebut. Namun, menghormati permintaan Ain untuk tidak mengumumkan berita gembira ini terlalu awal kerana usia kandungan masih baru.

Dan, rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan pasangan ini di Youtube mendoakan agar kesihatan Ain dan perjalanan kandungan berjalan dengan lancar.

Video berdurasi 13 minit 27 saat itu telahpun ditonton sebanyak 795,000 sejak ianya dimuat naik pada Ahad.

Terdahulu, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 13 Disember, tahun lalu selepas enam bulan bertunang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Jul 2019

4 Tabiat Ibu Bapa Yang Boleh Menghalang Kreativiti Anak-Anak

Mula jadikan rumah dan diri anda sebagai salah satu persekitaran yang boleh menyokong kreativiti anak anda

Featured Thu, 10 Jan 2019
Featured Sun, 17 Apr 2022
Trending Mon, 11 Jan 2021
Hiburan Fri, 19 Aug 2022
Featured Tue, 30 May 2023
Trending Fri, 13 Jul 2018

Tersepit Rim Motor, Budak Tujuh Tahun Hilang Tangan Kiri

Orang kampung yang melihat kejadian tersebut terus datang membantu kami. Dalam keadaan panik, saya terus menghubungi ibu bapa Khumaira dan ahli keluarga yang lain untuk maklumkan kepada mereka.

| Live TV

error: Content is protected !!