Trending By: Syafiqa Irdina May 6, 2020 @ 4:33pm

Setelah Berjuang Tanpa Lelah Selama 5 Bulan, Akhirnya Petugas Kesihatan Diberi Cuti Rehat!

Alhamdulillah.

Selepas berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, akhirnya kesemua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan diberikan cuti rehat dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi!

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mereka bekerja keras tanpa henti sejak penularan jangkitan Covid-19, selama lima bulan.

“Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja. Apa yang pasti hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) juga semakin berkurangan,” katanya menerusi sidang media semalam.

‘Time Off’ Dilakukan Secara Bergilir-Gilir

Tambahnya, pemberian ‘time off‘ kepada warga kerja KKM akan dilakukan secara bergilir-gilir dalam masa seminggu dua ini.

Bagi khidmat kaunseling katanya, petugas kesihatan akan dibantu mempertahankan diri menghadapi kemungkinan peningkatan kes Covid-19.

Sumber: Youtube Buletin TV3

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan hanya di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Baca Juga: Orang Ramai Kini Boleh ‘Renew’ Lesen Kenderaan Motor & Persendirian Di Pejabat Pos

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jan 2023
Drama Thu, 25 Aug 2022
Trending Tue, 2 Jul 2019

Obses Tonton Video Lucah, Budak 12 Tahun Rogol Anak Asuhan

Baru 12 tahun dik oi, apa nak jadi ni?

Featured Tue, 11 Apr 2023

“Sedarkah Dosa Kamu Yang Telah Menghancurkan Masjid & Buat…” – Luahan Patimah Ismail Curi Perhatian

Sebaknya min 😢 Ibu mentua sedih terpaksa melepaskan menantu kesayangan