Trending By: Attiqah Mohd April 7, 2020 @ 6:02pm

“Setiap Hari, Saya Akan Pakai Mask Dan Sarung Tangan Untuk Sediakan Sarapan Buat Tuanku”- Tunku Azizah

Dalam berdepan dengan situasi PKP, salah satu aktiviti wajib yang seringkali kita lihat di media sosial adalah aktiviti memasak. Seakan menjadi satu “trend” apabila majoriti warga netizen di media sosial memuat naik pelbagai menu resipi masakan yang menyelerakan. Tak kurang juga yang kreatif memulakan trend minuman seperti Dalgona Kopi.

Tidak ketinggalan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Iskandariah sempat berkongsi aktiviti harian baginda di laman Instagramnya. Walaupun, Tunku Azizah dan kaum kerabatnya berada dalam tempoh pengasingan akibat penularan wabak COVID-19 yang telah merebak sehingga kepada kakitangan Istana Negara. Namun baginda tidak menjadikan perkara itu sebagai halangan buatnya menjalankan kewajipan sebagai isteri dan menyediakan sarapan untuk suaminya setiap hari.

Malah Tunku Azizah mengakui bahawa perkara tersebut sudah menjadi suatu minat yang tertanam dalam dirinya. Bahkan baginda sanggup bangun setiap pagi memakai topeng muka dan sarung tangan untuk menyediakan sarapan buat suaminya, Yang Dipertua Agong.

“Tidak kira siapa pun anda, atau dengan siapa anda berkahwin, tanpa kenal bangsa, harta, agama atau kepercayaan. Anda masih seorang isteri. Dan tugas seorang isteri adalah untuk menjalankan kewajipan buat suami dan keluarga.”

-Tunku Azizah Iskandariah Maimunah

Meskipun baginda berstatus diraja dan mempunyai kakitangan Istana yang bersedia membantunya pada bila-bila masa namun Tunku Azizah masih tetap ingin memberikan yang terbaik, melayani suami dan setia di sisinya. Semoga kedua-dua pasangan diraja ini terus diberikan kesihatan dan semoga berbahagia!

(Suka tengok pasangan ni, sweet dan supportive) 😉

Sumber: Instagram air tangan Tunku Azizah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Jul 2021

“Ini Bukan Caranya, Sekarang Allah Juga Boleh Kasi Lu Susah..”- Ramai Selebriti Buka Mulut Isu Carl Samsuddin

Isu melibatkan usahawan muda, Carl Samsuddin yang bersikap biadap terhadap warga emas ketika membuat ceramah motivasi bertajuk ‘ubah diri’ di sebuah pusat transit menimbulkan kemarahan orang ramai. Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada […]

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Acara Mon, 6 Mar 2023
Featured Thu, 16 Mar 2023

Alami Gangguan Mental & Depresi, Individu Dakwa Mangsa Buli Uqasha Senrose? Ini Respons Tuan Badan

Uishhh, betul ke ni? Sampai mental and depressed individu tu 🥵

Trending Fri, 9 Aug 2019

The Diet Secret to Beyoncé’s Bangin’ Figure Might Actually be Dangerous?

Shocking! Who would have thought that the Queen of Pop herself is promoting unhealthy diet?! GAG!

Hiburan Mon, 22 Jan 2024