Trending By: Khairil Khusyairi August 16, 2022 @ 11:52am

‘Setiap Manusia Diberikan Ujian Pelbagai Cara’ – Umie Aida Tegur Netizen Mengenai Komen Pada Elyana

Pelakon Datin Seri Umie Aida menegur sikap masyarakat dan pengguna laman sosial terhadap komen yang ditujukan kepada penyanyi Elyana.

Hal ini susulan tindakan Elyana yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab hingga menjadi bualan hangat wargamaya.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Umie berdoa agar Allah pelihara lisan kita dalam setiap kata-yang kita ingin sebarkan.

“Saya pernah berkerjasama dengan Elyana dalam filem Dukun. Masya-Allah, dia memang ada ‘karakter kuat’, ‘bersahaja’, merendah diri dan hormat orang. Memang tiada masalah bekerja dengan Elyana. ‘Rindu kamu’ dik.”

“Setiap manusia diberikan ujian pelbagai cara. Tidak ada manusia di muka bumi ini terkecuali. Termasuk saya. Dan Ujian diberi mengikut kemampuan hamba-Nya. Sebagai manusia kita harus ‘sokong’ semangat, emosi saudara kita.”

Jangan merasa kita sudah sempurna maka kita terus menerus memberi teguran dengan kata-kata yang memberi impak negatif hingga mengganggu jiwa manusia lain. Hormati bila seseorang sudah berkeluarga,” ujar Umie.

Dalam hantaran sama, Umie juga berharap teguran yang ingin diberikan perlu selari dengan ajaran Islam.

Adab menegur dalam Islam penuh kasih sayang. Kalau kita orang luar yang tak pernah kenal dengan orang yang kita ingin tegur, sebaiknya buat solat sunat mendoakan dia. Dia sini ujian yang lebih berat adalah kita. Sejauh mana pandangan dan tugas kita memandang hamba-Nya yang sedang diuji sedangkan Allah lagi menguji hati kita. Allahuakbar.”

Di mana akhlak kita zaman sekarang? Kita berlumba-lumba mengejar ilmu sedangkan kita tidak mengamalkan apa yang kita belajar,” ujarnya.

Sebarkan kebaikan walaupun kita bukan baik tetapi kita nak menjadi baik. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan reda Allah SWT. Dan sama-sama kita berdoa dengan rahmat diberikan pengakhiran yang baik husnul khotimah. Allah pelihara hati kita dari sifat yang menjauhkan dari rahmat Allah SWT,” katanya lagi.

Terdahulu, penyanyi lagu Kalis Rindu itu mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan kontroversi melanda dirinya.

Elyana, 35, berkata, selagi dia menjelaskan selagi itulah macam-macam cerita yang dirasakannya tidak masuk akal akan timbul.

Sumber: Umie Aida Rahmad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 May 2019

Jadi Imam Dari Usia 13 Tahun, Bakal Doktor Ketuai Imam Solat Terawih Buat Netizen Kagum

Hebat! Bakal doktor umur 24 tahun ini viral jadi imam solat Terawih

Trending Sat, 7 Jul 2018

Penyelamat Thai Mati Lemas Selepas Selesai Hantar Bantuan

Kematian Samarn membayangkan proses membawa keluar remaja dan jurulatih mereka itu berkemungkinan agak sukar memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman menyelam, jika mereka diperlukan untuk berenang keluar daripada gua berkenaan.

Trending Tue, 8 Jun 2021
Trending Tue, 26 Apr 2022
Trending Mon, 7 Dec 2020
Featured Wed, 1 Dec 2021

Robot Hidup Pertama Di Dunia Kini Boleh Membiak

Saintis Amerika Syarikat yang sebelum ini telah pertama kalinya mencipta robot hidup dipanggil Xenobots memberitahu, robot itu kini boleh membiak. Pembiakkannya dikatakan tidak sama seperti cara pembiakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kita biasa lihat. Xenebots

Trending Tue, 15 Mar 2022

Amaris Mahu Bantu 100 Artis Veteran, Penuhkan 1,000 Peti Ais Sempena Ramadan

Pelakon Putra Amaris menyasarkan untuk memberi bantuan kepada 2,000 orang golongan asnaf dan memerlukan, termasuklah 100 artis veteran pada bulan Ramadan ini. Bekerjasama dengan Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasar), program Infaq Ramadan #SamaSamaKenyang

Featured Thu, 8 Apr 2021

Kadar Pengganguran Menurun Pada Februari

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Februari, kadar pengangguran di negara ini turun kepada 4.8 peratus berbanding 4.9 peratus pada Januari. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan

Trending Thu, 14 Feb 2019

| Live TV