Trending By: Salma Syahbuddin May 10, 2019 @ 10:00am

#SetulusIkhlas : Lumpuh Otak, Tapi Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Subhanallah!

Siapa sangka walaupun kanak-kanak ini menderita penyakit kelumpuhan otak (Cerebral Palsy), sehingga menyebabkan beliau tidak boleh bertutur dengan lancar, namun apa yang mengejutkan, beliau mampu untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik. Malah, beliau juga dapat menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Naja ini mula tular apabila penyertaan beliau dalam rancangan realiti, Hafiz Indonesia 2019 ini menarik perhatian seluruh umat islam yang rata-rata  sebak menyaksikan kebolehan beliau dalam menghafal Al-Quran. Manusia normal pun belum tentu mampu menghafal dan fasih tentang surah-surah yang terdapat dalam kitab suci kan?

Apa kata, kita saksikan sedikit klip adik Naja kita bersama bacaan ayat dari Surah Al-Hadid, Ayat 1-5;

 
Agaknya siapa yang tidak tersentuh dengan bacaan beliau? Jelas sekali kekurangan fizikal tidak menghalang seseorang itu untuk berusaha dengan lebih baik.
 
Malah, tidak dapat dinafikan, apa yang menyentuh jiwa setiap penonton adalah kemampuan adik Naja menghafaz ayat suci beserta halamannya sekali.
 
 
 
Justeru itu, sebagai seorang insan yang cukup sifatnya, marilah kita sama-sama mengambil iktibar terutamanya di bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Semoga dengan kehadiran adik Naja, mampu membangkitkan semangat untuk kita mempelajari kitab suci ini. #SetulusIkhlas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Apr 2022
Tech News Sun, 6 May 2018

7 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Permainan Video

Permainan video merupakan salah satu industri yang berjaya di Amerika Syarikat dan bekas Presiden Obama melakukan langkah bijak untuk memanfaatkannya.

Trending Wed, 3 Apr 2019
Featured Tue, 4 Oct 2022

Kongsi Momen Awal Penghijrahan, Nora Ariffin Titip Pesanan Buat Individu Yang Sedang Berhijrah

Nora Ariffin titip pesanan buat individu yang sedang berhijrah

Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Alhamdulillah selesai sudah, semoga menjadi iktibar buat orang ramai

Trending Mon, 17 Jun 2019

Penyedut Minuman Plastik Diberi Atas Permintaan Pelanggan Mulai 1 Julai

Orang ramai digalakkan untuk membawa bekas makanan atau minuman serta penyedut minuman yang boleh diguna semula.

Drama Mon, 13 Mar 2023