Trending By: Salma Syahbuddin April 15, 2019 @ 12:22pm

#SetulusIkhlas : Remaja Berusia 20 Tahun Ini Tinggal Dibawah Jambatan?

Kalau hari ini kita seringkali mendengar tentang remaja yang begitu kemaruk dengan irama Kpop, atau menjadi terkenal kerana aktiviti atau hobi mereka yang begitu rare, namun siapa sangka anak muda yang berusia lingkungan 20 tahun ini tidaklah seperti remaja seusia nya. 

Kisah mengenai remaja ini viral apabila Ustaz Ebit Lew menyelongkar kehidupan masyarakat kita disekitar bandaraya Kuala Lumpur dan menemui remaja berusia 20 tahun ini yang masih duduk dan tidur dibawah jambatan.

Jom kita ikuti perkongsian dari saudara @aaizatnizam menerusi akaun twitter beliau.

Manakala, Ustaz Ebit Lew juga sempat berkongsi dengan followers beliau mengenai remaja kurang bernasib baik ini menerusi akaun instagram miliknya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Sebak ya Allah hati ini tadi turun jambatan. Terkejut tiba -tiba ada seorang terbaring macam ni. Cuba pergi dekat hati kuat berdebar rasa sesuatu. Sekali panggil banyak kali lepas tu saya kuatkan hati pegang dia dan kejut dia. Rasa nadi dia. Dia tidur ni. Saya sangka dia pengsan atau tidur mati ni..jika kejut akan marah nanti.. Sekali dia langsung tak marah tapi bangun tidur terus salam cium tangan saya dengan senyuman. Dia pernah jumpa saya. Bersih muka dia.. Ustaz. Terima kaseh ustaz. Saya tanya berapa lama tidur kat sini. Dah 2 bulan. Sekarang duduk seorang diri jer bawah jambatan ni. Tunjuk belakang kepala dia baru kena pukul terbelah sikit. Ya Allah. Tapi dia ok jer katanya. Tenang jer.. . Saya tengok ic saja nak kenal. Ya Allah baru 20 tahun. Kuat dan hebat sebenarnya anak ini.. Saya minta maaf padanya. Ustaz ni berdosa sangat kat kau. Ceramah sana sini. Makan sedap-sedap. Hidup senang lenang. Kau duduk dekat sini. Apalah saya nak jawab nanti Allah tanya. Tak sangka anak muda begini tidur bawah sini. Pasti ada masalah besar dalam hidupnya. Berdosa rasa pada adik. Ya Allah… . Takper ustaz. Ustaz sudi cari saya di bawah sini. Ustaz selalu cari kami macam ni dekat bawah longkang ni. Saya jadi sedih sangat. Tak tahu nak buat apa. Kau nak kerja tak adik? Nak ustaz. Nanti ustaz tolong carikan kau kerja. Kau kerja elok-elok yer..nak ustaz tolong yer cari saya kerja. Kalau ada asrama boleh saya duduk dekat situ. Sedih lak rasa. Saya nak peluk dia. Ustaz. saya kotor busuk. Ustaz pakai jubah. Ish takper adik. Kau mulia baik Allah sayang. Ustaz ni kotor berdosa biarkan kau dekat sini. Dia tak berhenti cakap terima kaseh dan lambai saya. Saya beri sedikit duit padanya dan makanan. Nanti saya cuba fikirkan bagaimana nak bantunya. Ya Allah tuhanku maafkanlah diriku ini. Apa nak jawab pada Allah dan apa nak jawab pada Nabi saw…maafkanlh diriku ya Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #astroaosis #keluargasunnahPerbaikiDiriOktober2019 #jelajahNegeri #ebitlew #ustazebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Jadi, buat yang merasakan kehidupan sekarang ini susah, maka fikir-fikirkanlah bahawa ada lagi manusia seusia anak, adik, atau abang kita yang lebih susah jika dibandingkan dengan kehidupan kita. Justeru itu, marilah kita amalkan sikap suka bersyukur dengan apa yang kita ada. Hashtag #SetulusIkhlas.
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 26 May 2023

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala […]

Featured Fri, 28 Jul 2023
Featured Wed, 16 Aug 2023

Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Bawa bersabarlah Ubai & Sha. Tak faham ada juga yang menatliti masih rendah sekarang ni ek🥴

Featured Mon, 8 May 2023
Trending Tue, 3 Jul 2018

[BREAKING] Najib Arrested by MACC

Many people are rejoicing.