Trending By: Attiqah Mohd April 8, 2019 @ 3:45pm

#SetulusIkhlas : Tular Di Instagram, Wanita Ini Kongsi Kisah Bantu Suami Isteri Dibuang Keluarga

Bulan puasa hampir tiba, kata orang menjelang tiba bulan mulia ini eloklah kita sama-sama mengejar pahala untuk melakukan kebaikan. Terbaru, tular di Instagram apabila seorang pemilik Instagram yang dikenali dengan nama Massiew berkongsi kisah sedih bagaimana dia membantu pasangan suami isteri daif yang dibuang keluarga.

Dalam satu perkongsian di InstaStory, wanita yang dikenali dengan nama Mas ini memuat naik kisah sedih bagaimana dia terbuka hati untuk membantu pasangan suami isteri tersebut. 

“Didatangi oleh manusia yang kami tak kenal asal usulnya. Mintak tlg sis untuk jaga anak beliau. Dia dm sis”

“Bawak anak 4 bulan naik motor”

“Ya Allah kau bayangkan budak 4 bulan tu tidur kat taman rekreasi tu”

“Lelaki tu kena buang family. Perempuan anak orang susah”

“Sis tak mampu nak ambil baby tu lagi. Kau bayangkan orang dah put hope kat kau tapi kau tak dapat tolong”

“Mana kau kejar, company kau? Atau anak ni yang akan memberi rezeki untuk kau?”

 

“Sempat tinggalkan sedikit duit belanja. Rasa bersalah tu tinggi sangat. Beranikan diri mesej diorang”

 

“Saya dah ada rumah kak. Saya bersyukur akak tolong. Jasa akak dan suami saya takkan lupa.”

“Sayang belum waktu kita dan ini bukan rezeki kita”

“Sis tak mampu jaga anak dia. Sis mampu cari tempat bermalam, bagi duit belanja, belikan tiket”..

“Sis share kehidupan. Sis ikhlas dengan semua, kat sini diary kecik sis”

Rezeki Allah tu berbeza bentuknya, ada orang nak zuriat tapi belum waktunya. Ada orang ada zuriat tapi bukan pada waktunya.”

Perkongsian wanita ini cukup memberikan kita semua seribu satu pengajaran.Hubungan sesama manusia harus dijaga, dan membantu sesama umat Islam adalah kewajipan. Semoga Allah memberikan kita semua rezeki yang baik dan tepat waktunya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Aug 2021

“Anak-Anak Belum Tahu Ketiadaan Arwah Ibu Mereka”- Shuib Reda Pemergian Siti Sarah Yang Bergelut Untuk Selamatkan Bayi

Pelawak dan suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Shuib reda dengan pemergian isteri tercinta yang menghembuskan nafas terakhir 5.13 pagi tadi. Penyanyi lagu Kesetiaan itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Trending Fri, 12 Jun 2020
Trending Tue, 17 Mar 2020

| Live TV

error: Content is protected !!