Trending By: Padin December 3, 2020 @ 8:24am

SFMM35 Kembali Bersiaran, 12 Finalis Anugerah Juara Lagu Bakal Diketahui 15 Disember Ini!

Episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) bakal bersiaran pada hari Selasa, 15 Disember 2020.

Setelah pengumuman penyanyi Alif Satar di akaun Instagram miliknya bahawa dia telah dijangkiti wabak COVID-19, SFMM35 telah ditunda dan seluruh warga kerja serta artis turut menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Oleh itu, penantian para penonton untuk mengetahui 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) akan tiba tidak lama lagi!

Menurut Penerbit Eksekutif SFMM35, Nurhul Huda Hj Khalid, pematuhan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah menjadi keutamaan semua pihak.

“Ia adalah untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. Warga kerja kami yang merupakan kontak rapat kepada Alif telah pun membuat ujian calitan (swab) di pusat pusat perubatan kerajaan berhampiran.

“Warga kerja lainnya juga telah mematuhi arahan Jabatan Sumber Tenaga, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga, walaupun tidak bergejala.

“Oleh itu, sekiranya kami kekal tidak bergejala sehingga tamat tempoh kuarantin kelak, kami dibenarkan untuk kembali bekerja seperti biasa sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Kini, proses perancangan semula SFMM35 sedang diperhalusi dan pensanitasi berkala juga dilakukan bagi memastikan kelancaran penyiaran hari ketiga SFMM35 pada 15 Disember kelak,” katanya.

Dalam keterujaan untuk meneruskan episod ketiga SFMM35, Huda turut menegaskan bahawa pematuhan SOP pada malam tersebut akan semakin diperketat.

Hanya artis-artis yang membuat persembahan pada malam tersebut sahaja yang akan hadir bagi memastikan bilangan orang yang berada di studio Sri Pentas 2 itu dapat dikurangkan dan memudahkan penjarakan fizikal.

Lagu-lagu yang akan bertanding pada 15 Disember nanti adalah:

HELLO – ISMAIL IZZANI & ANDI BERNADEE (ISMAIL IZZANI, FIRDAUS RAHMAT & MAS DEWANGGA)

EH – ZIZI KIRANA (NAVIGATOR & ZIZI KIRANA / MAMBANG & ZIZI KIRANA)

SEMALAM – AINA ABDUL (AINA ABDUL)

BELENGGU RINDU – WANY HASRITA & DATUK JAMAL ABDILLAH (HAEL HUSAINI & EZRA KONG)

X MISSING YOU – DAYANG NURFAIZAH, TUJU & YONNYBOII (FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, MAGE, JA’A, TUJU & YONNYBOII)

TAKKAN TERLERAI – SYAMEL & ERNIE ZAKRI (SHARON PAUL, ERNIE ZAKRI & SYAMEL / FEDTRI YAHYA, ERNIE ZAKRI & SYAMEL)

JANGAN KHIANATI AKU – AZLAN & THE TYPEWRITER (DARK)

AKU KAU DAN MUZIK – AKIM & STACY (HANG NADIM, BUNGA CANTIK & FREDDY / BUNGA CANTIK & HANG NADIM)

PELUANG KEDUA – NABILA RAZALI (HAEL HUSAINI & MFMF.)

Sebelum ini, dua episode SFMM35 telah berlangsung pada 20 dan 21 November. Dua lagu telah diangkat sebagai lagu terbaik pada kedua-dua episod tersebut iaitu Hati nyanyian Hael Husaini dan diciptakan oleh Hael Husaini dan Ezra Kong, serta 7 Nasihat yang dinyanyikan oleh Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sicta, ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sicta.

Bersama Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, saksikan 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 dalam Muzik Muzik 35 Separuh Akhir pada hari Selasa 15 Disember 2020, pukul 9 malam di TV3.

SFMM35 juga dapat ditonton secara strim langsung di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut SFMM35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur.

Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #SFMM35 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Mar 2019
Featured Sat, 17 Jul 2021

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza. Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal

Trending Tue, 3 Jul 2018

Puteri Jepun Ini Sanggup Gadaikan Status Dirajanya Untuk Mengahwini Rakyat Biasa

Demi cinta, dia rela kehilangan darjat dan harta. Anda sanggup?

Trending Sun, 15 Jul 2018

Reka Cincin Untuk Tunang, Bekas Kekasih Justin Bieber Tak Hairan

Justin terlibat mereka bentuk cincin pertunangan dan dia mahu cincin tersebut kelihatan cantik di jari tunangnya.

Trending Fri, 9 Jul 2021

“Sihat Dan Sakit Ni Allah Yang Tentukan…” Hafiz Suip Jawab Teka Teki Berkenaan Masalah Kesihatan

Semoga Hafiz baik-baik saje.. Rindu tengok Hafiz kat stage nyanyi ♡

Trending Wed, 17 Mar 2021

Kompaun RM1,500 Bagi Individu Langgar SOP Dengan Kesalahan Kecil

Kompauan adalah muktamad mengikut kesalahan!

Trending Thu, 10 Oct 2019

Spook Alert! Conquer Your Worst Nightmare At Sunway Lagoon Nights Of Fright 7

Nights of Fright returns for the seventh year and it gets even more SCARY AF

| Live TV