Hubungan cinta antara pelakon Sharifah Sakinah dan jejaka Sweden, Michael Hansen semakin diperkatakan ramai.
Kisah percintaaannya sering menjadi bualan ramai apabila dilihat memuatnaik foto-foto mesra di laman Instagram.
Tidak mahu terus mendiamkan diri,
Sharifah Sakinah mengakui beliau bakal mengahwini kekasihnya pada 28 Mei depan.

“Ini rancangan kami, tetapi jika boleh dipercepatkan juga baik. Tarikh 28 Mei adalah ulang tahun kami. Saya dan Hansen berkongsi tarikh lahir sama.
“Bagaimanapun, kita tak tahu pandemik COVID-19, apa sahaja boleh terjadi. Saya harap urusan untuk Hansen pulang ke Kuala Lumpur akan dipermudahkan,” katanya.

Bibit cinta pasangan itu dikatakan mula berputik di sebuah pusat senaman.
Terdahulu, Sharifah Sakinah mempunyai seorang anak, Anais Adha hasil perkahwinan pertama.