Trending By: Salma Syahbuddin August 9, 2021 @ 5:50pm

Shuib Cemburu Pemergian Isteri Tercinta – ” Apa Agaknya Kebaikan Siti Sarah Selama Ini?”

Semestinya pemergian insan tersayang dalam keadaan khusnul khotimah pastinya amat dicemburui.

Begitu juga dengan pelawak, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, yang kehilangan isteri akibat Covid-19 dan terpaksa melahirkan bayi dengan cara pembedahan sehingga ditidurkan dan berada dalam keadaan koma selama lebih 48 jam.

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

ARTIKEL BERKAITAN : “Siti Sarah Mengalirkan Air Mata Ketika Nazak” – Shuib Akui Sempat Buat Panggilan Video Terakhir

ARTIKEL BERKAITAN : Kematian Yang Menghidupkan” – Ustazah Asma Harun Sifatkan Pemergian Siti Sarah Lambang Ketabahan Seorang Ibu

Menurut Shuib, beliau masih tertanya-tanya apakah kebaikan yang dilakukan oleh arwah isterinya itu, sehingga terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak menitipkan doa buatnya.

“Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari pelusuk seluruh negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arwah. Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan soal hajat dilakukan.

“Apakah kebaikan arwah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.

“Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan diri arwah. 

Selain itu, Shuib juga mengakui beliau redha seandainya arwah isterinya dijemput ilahi sejak berada dalam keadaan kritikal pada Jumaat lalu.

“Kami pernah bercakap soal kematian. Malah, arwah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meninggal pada Jumaat penghulu hari kerana mahu mendapat ‘husnul khatimah’ dan lepas seksaan kubur.

“Jika ikutkan, saya reda seandainya Allah mencabut nyawanya ketika nazak dan paras bacaan oksigen menurun pada Jumaat lalu.

“Namun, Allah memberikan arwah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini arwah pergi juga,” katanya.

Terkini, Allahyarham Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir di ICU, HCTM akibat COVID-19, jam 5.13 pagi tadi selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 12 tengah.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Siti Sarah Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN : Sumbang Lebih RM13,000 Untuk Korban Di Gaza, Nadir Al-Nuri Dedah Kebaikan Siti Sarah – “Kalau Boleh Saya Nak Diam-Diam Je…”

ARTIKEL BERKAITAN : “Banyak Kali Dia Tanya Saya Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin & Anak Yatim…”- Ebit Lew Dedah Sifat Prihatin Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Awak Penat, Tapi Jangan Tidur Lama-Lama Ye Sayang…” – Luahan Shuib Buat Netizen Sebak!

ARTIKEL BERKAITAN : Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

 

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Aug 2019

#JomBantu Buat Kakitangan Utusan Malaysia

Tiada lagi cetakkan akhbar mulai Rabu ini hingga tarikh baru di kongsikan

Trending Fri, 28 Dec 2018

Angin Kencang Mulai Esok Hingga Khamis, Amaran Berjaga-jaga Dikeluarkan

Angin Kencang Mulai Esok Hingga Khamis, Amaran Berjaga-jaga Dikeluarkan Bagi Kawasan Pantai Timur

Trending Wed, 4 Apr 2018

Pengasas Habib Jewels Meninggal Dunia

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Kapitan Keling selepas solat Zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.

Trending Mon, 16 Nov 2020
Featured Sun, 2 May 2021

“Sanggup Layan Mengaji Dalam Telefon”- Fouziah Gous Luah Rasa Syukur Dapat Khatam Al – Quran

Pelakon Fouziah Gous meluahkan rasa syukur tidak terhingga apabila  berjaya khatam Al-Quran pada hari Nuzul Al-Quran, Khamis lalu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fouziah dilihat tampil manis dan sopan berpakaian serba putih di sisi ustazah beliau. “Alhamdulillah, […]

Trending Thu, 17 Sep 2020

Arab Saudi Buka Sempadan 1 Januari 2021, Tempahan Umrah Boleh Dilakukan Mulai Sekarang

Berita terkini buat rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah umrah..

Trending Mon, 29 Jan 2018

LADY CRASHES CAR INTO STAIRCASE AFTER SEEING COCKROACH IN CAR

Cockroaches are scary as heck, but imagine seeing one right inside your car while driving!

| Live TV