Trending By: Yanie Baharom December 10, 2019 @ 12:02am

Shweta akur serah Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik kepada Filipina

Kemanisan seketika dikecapi rakyat Malaysia apabila Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik pada pertandingan Ratu Universe 2019 yang dimenangi oleh wakil negara, Shweta Sekhon sebentar tadi telah ditarik balik oleh pihak penganjur selepas didakwa berlaku kesilapan teknikal.

Pada awalnya, Shweta yang menggayakan konsep Peranakan Indulgence hasil rekaan Carven Ong diumumkan pemenang anugerah terbabit. 

Foto: Insider

Tetapi sebaliknya anugerah itu dimenangi oleh wakil dari Filipina, Gazini Ganados yang hadir dengan kostum besi berwarna kelabu.

Peranakan Indulgence merupakan kostum yang mengangkat kaum Peranakan dengan kombinasi hebat menggunakan kain sarung dan songket. 

Kostum berwarna-warni itu turut dilengkapkan dengan aksesori berwarna-warni bagi melambangkan masyarakat majmuk di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan Pemenang Ratu Universe 2019 Yang Penuh Inspirasi Buat Orang Terpegun

Foto: Twitter

Juruacara majlis berprestij itu, Steve Harvey menjelaskan ia adalah kesalahan teleprompter yang dirujuk oleh beliau.

Harvey dalam kenyataannya berkata, pihak penganjur sepatutnya berhenti daripada melakukan perkara ini kepadanya.

Steve Harvey menemu bual Shweta Sekhon sewaktu Malaysia diumumkan Pakaian Kebangsaan Terbaik di Ratu Universe 2019 sebelum anugerah berkenaan ditarik balik. Foto – Deadline

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Mar 2019

赛亚人穿水手服?网惊:童年崩坏了

七龙珠与美少女战士互换战袍,你接受到吗?

Featured Thu, 9 Jun 2022
Trending Fri, 29 Nov 2019
Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Kongsi Foto Bersama ‘Dulang Boys’, Mas Khan Bakal Menamatkan Zaman Bujang?

Wahh betul ke Mas Khan dah nak kahwin? Ramai lah yang frust nanti

Featured Fri, 9 Jul 2021

Bekas Anggota Kumpulan Nasyid Rabbani Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Bekas anggota kumpulan Nasyid  Rabbani iaitu Azizan Khalid dilaporkan telah meninggal dumia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kelmarin. Difahamkan, Allahyarham mengalami sesak nafas selepas mengambil sarapan sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia sekitar […]

Featured Fri, 5 Mar 2021