Trending By: Yanie Baharom November 21, 2018 @ 2:30pm

Sindir Suami Di Instagram Sehingga Didakwa Kurang Ajar, Datin Alyah Akui Hilang Sabar!

Tidak seperti pasangan suami isteri selebriti yang lain, kehidupan rumah tangga Datuk Ramli MS dan isterinya, Datin Noor Hasliah Abu Hasan (Alyah), boleh dianggap agak unik.

Uniknya kerana kedua-dua mereka jarang berkongsi foto bersama di laman sosial, sebaliknya lebih gemar mempamerkan kegembiraan bersama teman-teman.

Keadaan itu mengundang tanda tanya, adakah mereka sejenis pasangan yang low profile atau sebenarnya perkahwinan yang dibina pada 18 Mac 2018 sedang berdepan masalah.

Tindakan Alyah meninggalkan komen berbentuk sindiran di laman sosial suaminya, yang memuat naik video memperlihatkan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad membuat ucapan hari jadi kepada Ramli, mengundang pelbagai spekulasi kurang enak.

Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu memberitahu sambutan hari jadi seperti itu digemari suaminya berbanding bacaan al-Quran yang dibuat untuknya di rumah.

Antara komen Alyah di Instagram Ramli.

“Macam ni la yang dia suka… Sambutan birthday macam ni la yang dia nak. Kalau kita buat bacaan al-Quran kat rumah dia panas duduk kejap je, terus nak keluar main snuker,” tulisnya.

Foto: mStar

Bagaimanapun komen tersebut mendapat perhatian pengikut Ramli yang menyifatkan ia sebagai tidak patut dilakukan seorang isteri kepada suaminya.

Malah ada menyifatkan tindakan Alyah menyindir Ramli sebagai tiada adab, tidak menghormati dan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak.

Pun begitu, Alyah yang membalas komen tersebut meminta pihak luar tidak masuk campur dalam urusannya.

“Tak payah busybody la sebab I tak text nama you kat sini… So shut up!

“Aku doakan semoga kau duduk kat tempat aku hanya sehari dan kau boleh tahu kenapa aku macam ni… Tak payah tunjuk hero untuk masalah orang lain,” tulisnya.

Perbalahan itu tidak berakhir di situ apabila ada netizen yang ingin mencarikan wanita lain untuk Ramli bagi menggantikan Alyah.

“Kau pergi la kahwin dengan dia… Baru kau tahu dan kau telan balik ayat-ayat puji kau tu mangkuk!

Status Alyah yang menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

“Dan untuk pengetahuan kau, semua ayat aku text ni aku belajar dari @tokram_ramlims,” balasnya.

Terdahulu Alyah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik beberapa luahan berbaur kecewa di Instagram miliknya.

Alyah dalam salah satu status yang dikongsinya mengakui dirinya sedang beremosi dan memohon pihak luar tidak menasihatinya kerana mereka tidak merasai apa yang sedang dilaluinya.

Foto: mStar

Dalam satu status berbeza Alyah turut memberitahu dia berasa penat apabila perlu berpura-pura bahagia dan kenyataan itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung rumah tangganya dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS.

“Pura-pura bahagia itu penat. Ya, aku sedang beremosi sekarang ini, tak payahlah nak nasihatkan aku dengan jalan hidup yang kau tak pernah lalui,” tulisnya.

Dalam pada itu, Alyah turut memuat naik gambar Allahyarham bapanya, Abu Hasan dan memberitahu sekiranya bapanya masih hidup pasti tiada siapa yang berani mempermainkannya.

“Sekiranya Apak (Bapa) masih hidup sudah tentu tak akan ada orang yang akan mempermain-mainkan aku,” katanya.

Alyah dan Ramli berkahwin pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Nov 2023
Trending Wed, 17 Jul 2019

Malaysia Cipta Sejarah, Umur 18 Tahun Boleh Keluar Mengundi!

Tahniah Syed Saddiq atas kemenangan #Undi18 dimana meraih 211 undi tanpa satu pun menolak.

Hiburan Tue, 24 Oct 2023
Trending Fri, 13 Jul 2018

Pasangan Gay Kedua Pula Kena Sebat…

Dua lelaki berkenaan dirotan lebih 80 kali kerana mengamalkan gay, yang diharamkan menurut undang-undang Islam, ketika orang ramai memaki hamun mereka.

Featured Thu, 28 Oct 2021

Pemuda Bertindak Menjual Diri Untuk Lari Dari Kemiskinan

Polis agama Islam di utara Nigeria telah menahan seorang lelaki yang menjual dirinya untuk melarikan diri dari kemiskinan. Aliyu Idris, 26, ditahan polis di Kano selepas ternampak gambarnya di media sosial memegang plakad menunjukkan dirinya […]

Trending Wed, 27 Jun 2018

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri? Kisah Gadis Ini Bakal Buat Korang Nak Berterus-Terang Hari Ini

Kuat ya dik! Gadis manis ini tidak mampu luahkan semuanya, hanya doa yang mampu dihadiahkan buat Allahyarham Khasrul Haizal Mohd Yusof, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau…