Trending By: Yanie Baharom November 8, 2018 @ 11:00am

Sinead O’Conner Peluk Islam Demi Kebaikan. Alhamdulillah Dan Tahniah!

Penyanyi terkenal dari Ireland, Sinead O’Conner mengejutkan ramai pihak dengan pendedahan beliau kini memeluk agama Islam menerusi laman Twitter miliknya.

Pengakuan penghibur terkenal dengan lagu Nothing Compares 2 U itu, dibuat pada 20 Oct 2018 yang lalu melalui entri menggunakan nama Islamnya, Shuhada’ Davitt @MagdaDavitt77

Foto; Twitter Sinead O’Conner

“This is to announce that I am proud to have become a Muslim. This is the natural conclusion of any intelligent theologian’s journey. All scripture study leads to Islam. Which makes all other scriptures redundant. I will be given (another) new name. It will be Shuhada’”

Menurut Sinead, pengumuman itu dibuat bertujuan menyatakan rasa bangganya menjadi seorang Muslim. Ia kesimpulan semula jadi perjalanan mana-mana ahli agama. Kajian semua kitab suci membawa kepada Islam.

Sinead O’Connor menjalani rawatan mental intensif di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu dengan bantuan Dr Phil.

Selepas menukar nama kepada Shuhada, beliau memuat naik rakaman video melaungkan azan.

“Ini adalah cubaan pertama saya melaungkan azan. Saya ada kesilapan sebutan kerana emosi, namun beratus lagi cubaan akan dilakukan. Apabila saya sudah berlatih 30 kali, saya akan membuat dunia terpegun,” katanya.

Beliau turut menggayakan pakaian Muslim berdasarkan gambar.

“Kawan rapat saya, Elaine memberikan hijab pertama kepada saya dan beliau seram sejuk seluruh badan melihat saya memakainya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Video: Youtube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
Trending Fri, 27 Nov 2020
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Thu, 3 Aug 2023

Kelakarnya! Terpegun Tengok Beza Ketinggian Hael Husaini & Nadhir Nasar, Netizen Komen: “Budak Sekarang Banyak Makan Hati Bang!”

Penyanyi popular, Hael Husaini mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi akaun TikTok miliknya ketika hadir pada majlis fesyen jenama terkenal antarabangsa, Balenciaga baru-baru ini. Menerusi perkongsian tersebut, Hael kelihatan berjabat tangan bersama pelakon […]

Hiburan Fri, 1 Dec 2023

Bakal Nikah Dengan Tiko Aryawardhana Esok, Tiada Lagi Nama Sinclair Di Profil Instagram BCL

Hilang di profil username IG, tapi pastinya tidak hilang di hati 😊

Featured Wed, 20 Apr 2022
Trending Tue, 8 Dec 2020
Hiburan Thu, 8 Feb 2024