Trending By: Padin July 27, 2021 @ 2:50pm

“Single Ini 5 Kali Bertukar Versi” – Fattah Amin Ambil Masa Setahun Siapkan Lagu Hamba

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin kini muncul dengan single terbaharu berjudul Hamba bersama penyanyi rap Kmy Kmo.

Mengambil masa setahun untuk menyiapkan karya ini, Fattah juga tidak berkesempatan bertemu dengan Kmy kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dek kerana kekangan PKP, rasanya lagu ini bertukar versi sebanyak lima kali sebelum ia betul-betul siap. Prosesnya juga mengambil masa hampir setahun.

“Saya juga tak bersua muka dengan Kmy biarpun kami berkolaborasi dalam lagu ini. Saya hanya bagi lagu dan dia siapkan bahagiannya. Lirik juga ditulis Kmy sendiri dan saya amat berpuas hati dengan hasilnya,” katanya.

Fattah juga mendedahkan dia selesa bekerjasama dengan Hafiz Hamidun selaku komposer lagu ini.

“Lagu ini sebenarnya termasuk dalam tiga projek khas yang saya jalankan bersama komposer Hafiz Hamidun. Saya selesa bekerja dengan Hafiz. Projek pertama adalah lagu Kiriman Agung dan diikuti pula dengan Sinar Selawat.

“Hamba berkisar kepada penyerahan jiwa seorang hamba kepada Tuhannya. Walaupun berdepan dengan pelbagai ujian dan rintangan, kita jangan mudah putus asa,” katanya lagi.

Lagu Hamba boleh distrim di semua pelantar penstriman digital bermula 23 Julai 2021 dan lirik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 Jun 2018

Aeroplane Makes Emergency Landing Due to Man’s Horrible Body Odour

Passengers were even puking from the smell!

Trending Wed, 24 Feb 2021

[EKSKLUSIF] G Dragon & Jennie BLACKPINK Jalin Hubungan Cinta

Wow! G- Dragon & Jennie BLACKPINK ❤

Trending Wed, 8 Jan 2020
Trending Mon, 17 Aug 2020
Featured Sat, 17 Sep 2022

Terkenal Dengan Imej Muslimah, Pelakon Remaja Didakwa Sering Ke Kelab Malam & Berpakaian Tidak Senonoh?

Dengar kata dah tak bertudung dan pakaian sekarang macam betina s*ndal! 👀

Featured Tue, 11 Jan 2022

Selamat Ulang Tahun! Rai Hari Jadi Siti Nurhaliza Bersama Stesen Radio Tempatan

Hari ini, 11 Januari merupakan hari ulang tahun penyanyi tanah air kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-43. Bersempena dengan hari jadi Siti, beberapa stesen radio tempatan seperti Hot FM, Cats FM, Gegar, ERA,

Trending Thu, 18 Aug 2022

“Stylonya Dua Beradik Ni” – Penampilan Ummi Nazeera dan Abang Curi Tumpuan di KL Fashion Week

Pelakon Ummi Nazeera antara selebriti tanah air yang sentiasa mempunyai personaliti yang menarik sehingga namanya kini menjadi sebutan ramai dek kerana lakonannya yang mantap. Umum mengetahui, Pelakon Risik Pada Hati itu juga mempunyai seorang abang

Trending Mon, 2 Jul 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Berikut adalah senarai penuh menteri kabinet bagi nama anggota semua jemaah menteri serta timbalan menteri kerajaan persekutuan Malaysia yang telah diumumkan baru-baru ini selepas Tun Mahathir mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara.

| Live TV